BISMILLAH....

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derjatnya disisi Allah, dan mereka itulah orang mendapat kemenangan. "_(at-Taubah : 20)

Selasa, 31 Mac 2009

PURDAH..ADAKAH UNIFORM PENGGANAS?

Assalamu’alaikum sahabah...
Khabarkan dirimu??
Khabarkan imanmu???
Syukrillah wa alhamdalah, ternyata nafas ana masih menderu atas izin Allah buat diri ini melafazkan bait atau tinta da’wah melalui pena di halaman warkah blog.....
Entah kenapa, kalam iman ana merasa terpanggil untuk mangajak antum semua berdiskusi bersama, berkaitan isu yang ana nak bawa....iaitu NIQAB a.k.a. PURDAH!!!!!!!!
Baru2 ni, ana dan sahabah terpanggil buat menghadiri satu aturcara tarbiyah di tengah halaman metropolitan, ibu kota. Kami yang berpurdah ini lazimnya sebilangan yang agak majoriti berbnding sahabah yg len. Tak lupa, sebelum melgkah, mak di kedah sempat ana call. Bukan apa, nak doa si ibu, mg anak gadisnya thabat dalam menerima salam mehnah.
Sejurus melangkah ke dataran jihad, tiba2.......
“eh, persatuan niqab ke ni??”
SUBHANALLAH!!!! Tersentak emosi muslimat ni.dek krn iman duk pujuk hati, mujur ana ‘batalkan’ hasrat nak su’suzhon.... Hish, tp ana lagi terkilan, ‘pengumpat2’ ni bukan orang lain, tapi insan2 yang fasih dan ‘alim dgn tarbiyah...syabab plak tu.aduh lg emosi kala usikan berselingan cetusan ketawa kecil....sabar2 HUSNUSZHON!!!
‘Ya ALLAH, moga HidayahMU bisa lebih hebat bergetar mengetuk sifat2 mazmumah. Buanglah karat noda mazmumah itu di kalam iman mereka yang meragut kesucian mahmudah, kerana kesucian itu masih dipunyai mereka...Ameen........!!!!’
La Ba’sa, sekarang ana bukanla nak perhebatkan dgn emosi yg mengusik nurani tapi apa yang sebenarnya ana nak bawa halaqah di sini ialah PROPAGANDA BARAT melalui resapan pemikiran, apa lagi pada orang Malaysia yg sememangnya mudah sgt terpengaruh.
Buat pengetahuan sahabah2, budaya barat ini seolah2 ‘emosional’ apabila terlihatkan muslimat2 yang pakai purdah. Ekoran dari pelbagai prasangka mereka berkaitan ISLAM, hatta mereka tidak terkecuali melihat isu pemakaian purdah ini sebagai satu ancaman...( ketawa kecil ana tika duk menaip ni)....
Dahla Dunia Islam ni boleh ana ibaratkan ‘baru sembuh dari luka’ ekoran dari kejadian2 yang mengaitkan Islam dengan keganasan setahun dua tiga tahun yang lepas.TUP2, isu niqab plak turut depa sesuka hati amik sebagai cakna dan sanggup dibawa menjadi bahan ‘ketakutan’ meraka pada ISLAM...
Apa lg, pelbagai andaian dan spekulasi bagi memberikan gambaran buruk tentang pemakaian purdah, timbullah sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penganut agama Islam di dunia.
Dan sebenarnya rasa tak puas hati itu bermula ekoran cadangan bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan komunikasi dan bersikap lebih terbuka, mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.

Straw yang menggunakan ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, menyatakan ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah.

Jika dilihat dengan teliti maksud ‘ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah’ ia juga boleh merujuk kepada seseorang yang membuat panggilan telefon kepada seseorang individu lain, yang sudah pasti juga tidak dapat melihat wajah individu yang satu lagi.

Tapi pelik, Straw tak pula membuat ‘kajian’ terhadap isu tersebut.

Seharusnya mereka (Barat) tidak perlu membangkitkan isu berkenaan kerana dunia Islam tidak pernah mempertikaikan cara pemakaian Barat, sedangkan ia amat jelas dan nyata mendiskriminasi kaum wanita.(subhanallah, emosi pula..........)
Tapi yang pastinya kini,suka untuk ana nyatakan Barat seolah-olah takut dengan bayang-bayang pengganas ciptaan mereka sendiri dengan menyatakan kononnya, mereka yang berpurdah menyembunyikan sesuatu di sebalik kain tersebut.

Adakah mereka akan berpuas hati sekiranya kehendak mereka dituruti?

Jawapannya tentulah tidak.

Kemungkinan selepas itu, isu lain pula akan dibangkitkan. (barat oh barat.....)

Kesimpulan yang boleh dibuat tentang kenyataan Straw itu, adalah Barat sudah kekeringan idea untuk menuding jari dengan mengaitkan bahawa pemakaian purdah itu adalah ‘uniform pengganas’.

Kebiadapan Barat terserlah apabila sanggup memaparkan gambar wanita dengan mulut mereka diletakkan pelekat pada muka depan akhbar The Guardian dan The Daily Telegraph.

Kemuncak kepada kebiadapan tersebut adalah apabila seorang guru dipaksa meletakkan jawatan kerana tidak mahu membuka purdah ketika mengajar.

Ia ekoran, anak-anak murid guru tersebut mendakwa, pengajaran bahasa Inggeris guru itu susah difahami kerana mereka tidak dapat melihat pergerakan bibir guru tersebut, Aishah Azmi.

Guru Besar Sekolah Rendah Gereja England Headfield di Dewsbury, West York bersetuju bahawa Aishah, 24, boleh memakai purdah semasa di kawasan sekolah tetapi bukan semasa mengajar.

Bagaimanapun Aishah dilaporkan enggan membuka purdahnya semasa mengajar dan menyatakan ia sebagai budaya, menyebabkan dia digantung.

Majlis Muslim Britain pula memberitahu, wanita Islam tidak perlu memakai purdah di depan kanak-kanak.

Aishah dilaporkan membuat aduan mengenai Majlis Kirklees kepada tribunal pekerjaan yang dijangka membuat keputusan dalam tempoh dua minggu lagi.

Sementara itu, Aishah Azmi memberitahu BBC Radio bahawa murid-muridnya tidak pernah mengadu dan berkata perkara itu tidak pernah menjadi isu.

Ini kerana kebanyakan murid-muridnya adalah Islam dan telah biasa dengan pemakaian purdah oleh ibu mereka.
Maka, siapakah sebenarnya memutar-belitkan fakta tentang pemakaian purdah tersebut?

Jangan hanya disebabkan sehelai kain yang menutupi muka itu, dijadikan alasan untuk Barat mengaitkan keganasan dengan Islam.

Seharusnya mereka menjadikan iktibar tentang apa yang telah terjadi ekoran beberapa kontroversi yang timbul apabila menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sememangnya isu pemakaian tudung dipandang serius oleh negara-negara Barat. Di Perancis misalnya pemakaian simbol agama yang keterlaluan atau secara terang-terangan amat dilarang.

Penguatkuasaan larangan itu lebih kepada pemakaian tudung justeru pelajar yang memilih untuk memakai tudung sehingga menutup telinga, rambut dan leher dianggap provokatif dan kerajaan negara itu percaya mengenai keperluan mengharamkannya.

Dan segala-galanya telah jelas dalam undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Perancis pada Februari 2004 yang menguatkuasakan larangan pemakaian simbol agama paling ketara adalah tudung di kalangan para pelajar di sekolah awam.

Sehingga hari ini, dianggarkan 120 pelajar perempuan di sekolah awam melanggar undang-undang yang menimbulkan kontroversi bukan sahaja di Perancis malah di kalangan negara Islam.

Banyak pihak berpendapat undang-undang melarang pemakaian simbol agama itu bertujuan untuk menyerlahkan kedudukan Perancis sebagai sebuah negara sekular di sebalik lima juta umat Islam yang menjadi rakyat negara berkenaan.

Pelbagai pihak berpendapat bahawa isu larangan pemakaian simbol agama lebih mengenai keprihatinan kerajaan Perancis terhadap kadar populasi umat Islam di negara itu yang semakin bertambah.

Kehidupan rakyat Perancis yang sarat dengan tradisi sekular sejak zaman revolusi itu kini sedang dalam proses diterjemahkan dalam bentuk undang-undang berikutan kebimbangan negara berkenaan terdedah kepada ancaman kerana dikatakan bertoleransi kepada agama.

Kadang-kadang dirasakan hairan mengapakah tradisi sekular harus menyekat kebebasan berpakaian pelajar-pelajar beragama. Sememangnya sekular bermaksud memisahkan agama daripada kehidupan nasional.

Tetapi sentimen antiagama yang dikatakan sebagai antisekularisme adalah bercanggah dengan semangat demokrasi itu sendiri. Sekularisme yang toleran adalah seperti India yang memisahkan agama dengan politik tetapi memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk hidup beragama.
KESIMPULANNYA di sini, ana sendiri gerun memikirkan adakah propaganda barat berkaitan ISU PURDAH ini turut menjadi 1 sentimen segelintir masyarakat kita pula??? Ana kembali semula terhadap apa yang ana coret di pemulaan tinta pena mula2 tadi berkenaan isu syabab2 yang mencuit emosi kami gadis2 niqab ni. Khuatir ana, tidak mustahil si syabab2 ni turut ‘ter’resap akan wacana dari pandangan barat ni.....namun seperti ikhlasnya ana mengatakan ‘alimnya mereka dalam memahami tarbiyah, moga2 biarlah ia sekadar satu usikan nakal yg datang dari fitrah insaniah makhluk bernama lelaki...(at least, tau jgk mereka ni pun manusia biasa........)setidak2nya, mereka ini tidakla pula mengangguk2 tanda setuju akan berita2 yang dicoret pengecut2 barat....
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB.......
SEMOGA DUNIA ISLAM KAN TERUS WANGI DENGAN KEBENARAN DEMI MELAWAN MUSUH2 KAFIR...
Tinta pena ZAINAB JAHSY =)

Ahad, 22 Mac 2009

DA'WAH TARBIYAH!!!!!! cintaku milikmu =)




SUBHANALLAH !!!!!!!



ALLAHUAKBAR!!



Peningnya kepala ana, terasa nak jer tubuh ni bermanja dgn bantal, bersisir selimut yang gebu dan bertaut jasad dgn tilam empuk...ADUHAI!!! ‘pack’nyer jadual.......... !!!!!
Dgn,
Dakwah tarbiyah+dakwah ‘ilmiah, urusan anak2 little caliphs, asignment UTM +PKPIM, aduhh dgn consultant yang diamanahkan....halaqoh dan slot2 acara murobbi.....lagi, pantau BIDYAH yg ter’gagap’ lg( cian safiya), DAN karangkraf kelab penulisan DO’IN DA’WA (terbaru)...



ALAMAK!!! Class Arab lg..



Huhuhuhu..... SEM AKHIR PLAK TUE!!!!!!!!!



MasyaALLAH!! Persiapan khutbah ....(cmner ley tluper ni...????)




_mf wahai pembaca semua, asif sebetulnya ana perlukan “teman pegun” mcm skrin depan ana ni utk berkongsi sejuta rasa yg menziarah... Ntahler, khuatir nti KUALITI jiwa jd lemah lntrn himpunan 1001 amnh yg tak tertunai....MEH KONGSI SEKALI YA...?
tp alhamdalah, terasa kepala ni ‘terketuk’ pl dgn hikmahnya nasihat dr shabiah2 tercinta..persis lembut n memujuk bait bicaranya mengajak jasad n iman terus berdansa ligat di taman Islam, dataran tarbiyah........
WAHAI SAHABAH SEMUA!!! Ana pasti antum jg bisa bergetir mencambah semangat mujahadah demi tidak tertewas dek nafsu....erk!!! maksud ana nafsu letih, nafsu tidur, dan segala mcm nafsu( ada ker?)



Bismillah, apa yang sebenarnya nak ana khabarkan pd antum adalah tanggugjawab kita...amanah kita....tugasan kita... iaitu yg bawak panji bernama DA’IE/AH. Pasti benar antum jg stuju andai ana mengatakan bahwa kekalutan ana, adlah kekalutan antum, sibuknya ana, sibuknya jua antum....ini kerana hakikat yg menyedarkan ana bahawa kita adlh insan yang ada ‘kesedaran agama’, bilamana kitalah yg diseru DA’IE/AH...dlm diari seorang DA’IE/AH, kesibukanlah yang memenuhi segenap ruang di atas lembaran diari itu yang sokmo di kelek sana/i...



Antum setuju ???( asif kalo x ya, betulkan pndapat ana)
Justeru kenapa ?? LIMADZA???
Kerana, RESAH+KELUHAN... hmm apa tu??
Na’am, resah+ keluhan inilah yang menjadi jwpn ana mgpa persoalan sbgni menjadi topik pilihan sambil ana mengambil DIRI SENDIRI sebagai contoh.. jujur. kekadang bukan shj ana mengeluh, tp batin dah byk kali menjerit sebab letih la, penat, tak terdaya, malah membawa kepada putus asa,NA’UZUBILLAH!!... YA, inilah jwpn jujur dr ana....x prcaya????terpulang...
Dan ana jd takut andai kita sokmo lazimi sifat ini, sedangkan dakwah setia berselit dlm waktu sehari2an...dan mungkin tidak keterlaluan andai dah memang pun sebati sifat itu melekat dgn kita...
SETUJU KAN...?



WAHAI SAHABAH SEFIKRAH, izinkanlah ayat-ayat ini menjadi sebahagian dr ayat2 cinta yg hanyalah sbg madah menjadi 1 wadah pencetus semangat n emosi.... kasih ana tawadu’ bt shabat semua, kita tidak ingin KEKADANG keluhn itu menjadi satu ‘roadblock’ menuju destinasi syurga abadi... kerana natijahnya tidak berbenih KEIKHLASAN....
(Eh, tau ker aku tidak ikhlas???) ya,andai ikhlas mgapa terbit keluhan?mgp sisi wajahnya hanya bisa memaparkan lakaran kekecewaan kpd ALLAH?? Nah, inilah jwpn ana, krn tidak mustahil soaln ini jg akn ditanya ana sndiri... ok ckup...yg lain2 bleh fkir sndri..
Secubit masa ni, ana hanya igin melengkapi konsep memberi dan menerima....kalo ustz Hasrizal Jamil dgn motonya ‘erti hidup pd memberi’, maka hayatilah ertinya jua MENERIMA stelah apa yg ana nak MEMBERI..
Buat sahabah2 yg berjuang, kecewa dan putus asa adlh permainan dalam game dakwah.. andai jiwa sentiasa di bawa halaqoh, maka yang kuat itu adlh mawaddah n rahmah dr ALLAH sbg natijahnya.
Ayuh FASTABIQUL KHOIRAT!!!!!!!!!!( berlumba2 utk kebaikan)



Sahabah, ini kerja Rasul.Kerja Rasul tntu skli sgt berat. Bila Rasul dah tiada, saper lg nk warisinya selain kita?? Ya, kita manusia mmg x mpu,mlh x layak menaggung risalah ini tp mhukah kita tertipu dgn alasan ni?



Antum semua, TAWADHU’ adlh sfat terpuji. Perasaan x mpu dan x layak mmg plu ada dlm dri tp apbl ia terlalu mguasai dri, maka itu bukan tawadhu’ lg namanya sebaliknya alasan ciptaan syaitan supaya tinggalkn kerja mulia ni.....
Kelemahan kan plu dprbaiki....manusia ni mustahil ma’sum kan? Itu sifat yang hanya LAYAK bg Rasul...ana jd teringat pd 1 watak yang bbcra berbunyi,
“SEMUA YG ALLAH BG ADLH KEBAIKAN BELAKA SAMADA REWARD ATAUPN PUNISHMENT. REWARD U DISYUKURI, PUNISHMENT UTK KITA PERBAIKI DIRI.semua ini adlh pluang pahala utk hadapi dgn tabah...” Justeru, tidak dpt tidak adlh dgn mematuhi prntah-NYA dan menjauhi lrngan-NYA. Allah suh kita pikul amnh DA’IE ni, dan melarang dr bptus asa dgn rahmatNYA......



‘jika sseorg mdpt Hidayah drpd ALLAH lntrn kamu, maka ianya lbh baik bgmu drpd apa yg disinari matahari’_hdis rwyt al-Tabrani...(hdis ksukaan ana..hehe)

ALLAHU’ALAM BIS SAWAB....
AKHIRUL KALAM, yg baik itu hnya dr ALLAH, salah silap hanyalah dr ana insan hina lg dina....msej ini ana amatttt mghrpkan agar dibaca dan ditatapi dgn husnuszhon. Andai keluhan ana bisa lembut dipujuk sahabat, maka ingin skli ana ‘hiburkan’ dgn pujukn pd antum agr kita sentiasa thabat n murunah demi fi sabilillah.

“ALLAH memelihara jalannya dgn memilih satu golongan untuk benar-benar taat kepada perintah-Nya.Demikian dalam setiap generasi. Mereka ialah insan2 yg menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Islam pasti berjalan dengan kesyumulannya. Kalaupun tidak mentadbir dunia pd zaman fitnah seperti sekarang ini, sekurang2nya Islam dapat mentadbir diri kita secara syumul terlebih dlu. “ betul x??



JALAN DAKWAH TARBIYAH INILAH PENJANA BEKALAN IMAN...!!!



( doakn ana istiqomah dgn pena buat blog sendiri, dek ksibukan, jarang jemari ini lincah menyemarakkan bait2 da’wah )



PENA TINTA_ZAINAB JAHSY =)

Rabu, 4 Mac 2009

pengemis CINTA ILAHI =)


Mukaddimah Bicara =)
Assalamualaikum siswa/i skalian..khabarkan imanmu..??khabarkan hatimu...??mg baik2 ditemani kalam bt mau'idzah diri...Tidak ana nafikan,kesibukan membataskan lgkah mujahidah ini buat menarikan jemarinya menjengah laman blog sendiri bt perkongsian yang di nanti2...justeru, syukrillah kala diberi peluang menghadap laman internet, pantas shj minda n iman berdialog di alam media ini.tahu x..?sana/i kala ana melarikan lgkh,acapkali pndengaran di sapa berkaitan cinta...
huh, cinta lg...x sudah2.....sabar dlu,jagn cpt malatah... (sory, tp inilah yang shbt2 punyai 'kesedaran agama' cpt bosan dgr,kononnya nak jaga hati,jaga iman....pendek kata dah muak sokmo diberitakan isu cinta2 ni...)_kajian selidik di klgn da'e/ah oleh lujnah pkpim biro penyelidikan dan pembangunan....

bukanla hobi ana pun tika di ajak berbicara soal CINTA, tp ingin sekali ana menjadi ‘ALIM kala berdialog menyampaikan lembaran da’wah terutamanya pada kengkawan yang sodap bonar @ pendeknya mabuk khayal dek ‘cinta sejati’ (cehh)…..
sedih pl rasanya bila nengok budak2 ni ‘jahil’ dlm membedakan

CINTA SEJATI @ CINTA MONYET @ CINTA IBLIS..!!!!

Walhal, dah maklum, tp pura2 tak tahu…
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB….......

Justeru, pd pengikut blog ana(cehh), tatapilah seni tarian jemari pencinta tarbiyah ini dalam menukilkan naskhah ERTI CINTA dlm konteks yg sebenarnya…
FAHAMILAH wahai semua shbt sefikrah, alunkanla syair @madah bg segala jenis cinta u menjadi salah satu dari agenda murobbi untuk berdakwah .


Islam adalah cara hidup

Semua setuju islam adalah cara hidup, islam adalah syumul (merangkumi semua aspek dalam hidup) , maka sudah tentunya islam ada definition sendiri tentang cinta dan sebagai agama fitrah islam tentunya tidak memandulkan rasa fitrah cinta ini.Cinta yang dibincangkan kali ini adalah cinta sesama manusia(saje remind lagi sekali :D).Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nak menikah kerana kecantikan pun tak mengapa, kekayaan ke, kekdudukan etc, cuma Rasulullah menasihat, yg lebih baik adalah dinikahi atas faktor agamanya.Ada hadis lain berkenaan bercinta, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya yang berjudul Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu), hadis yang dimaksudkan adalah :
"Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan

(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)
Imam Ibnu Qayyim menulis lagi bahawa : Para ilmuan dan dokter serta kalangan lainnya telah sepakat bahwa kesembuhan sakit cinta adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan.

_(Antum Leh rujuk kitab tersebut versi indonesia m/s : 175)

Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)
Orang yang merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yg dah kahwin, setuju? lelaki yang yakin dengan pilihan calon yang dibuat barulah berani untuk ke fasa pernikahan,kan?Tapi, bagi lelaki yang cuma pandai melafaz cinta, dan cuma tau ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak punya perancangan untuk fasa pernikahan, iyerker itu yang dikatakan mencintai si gadis itu?Atau lafaz cinta cuma dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra dari seorang gadis?Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?
Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?
Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan. Dalam kajian di atas disebut biasanya jatuh cinta terjadi bagi dua orang yang dah menegenali buat beberapa ketika, dah berkawan untuk beberapa bulan mungkin, maka kat sini masihkah relevan alasan nak berdating adalah untuk nak lebih mengenali pilihan hati lantaran jatuh cinta adalah kepada orang yang kita sudah sedia maklum kenal =)
Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple, jika betul jatuh cinta, maka pergi jumpa mak ayah si perempuan bagitahu kemudian persiapkan diri untuk pernikahan =).
Sepanjang sebelum pernikahan, simpan semua kehendak nak buat seperti mana dipertonton oleh filem2 barat, simpan untuk buat semua tu selepas proses pernikahan =).

Konklusi =)
Adakah tak patut untuk jatuh cinta sebelum kahwin?Jika bercinta itu difaham sebagai bercouple, maka ya memang tak boleh bercouple sebelum perkahwinan.Jatuh cinta datang sendiri tanpa dipinta kerana itulah lumrah fitrah.Sama-sama kita kekalkan cinta itu sebagai fitrah dan jangan tukarkan ia menjadi fitnah =).

_NUKILAN SRIKANDI ZAINAB JAHSY..