BISMILLAH....

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derjatnya disisi Allah, dan mereka itulah orang mendapat kemenangan. "_(at-Taubah : 20)

Rabu, 4 Mac 2009

pengemis CINTA ILAHI =)


Mukaddimah Bicara =)
Assalamualaikum siswa/i skalian..khabarkan imanmu..??khabarkan hatimu...??mg baik2 ditemani kalam bt mau'idzah diri...Tidak ana nafikan,kesibukan membataskan lgkah mujahidah ini buat menarikan jemarinya menjengah laman blog sendiri bt perkongsian yang di nanti2...justeru, syukrillah kala diberi peluang menghadap laman internet, pantas shj minda n iman berdialog di alam media ini.tahu x..?sana/i kala ana melarikan lgkh,acapkali pndengaran di sapa berkaitan cinta...
huh, cinta lg...x sudah2.....sabar dlu,jagn cpt malatah... (sory, tp inilah yang shbt2 punyai 'kesedaran agama' cpt bosan dgr,kononnya nak jaga hati,jaga iman....pendek kata dah muak sokmo diberitakan isu cinta2 ni...)_kajian selidik di klgn da'e/ah oleh lujnah pkpim biro penyelidikan dan pembangunan....

bukanla hobi ana pun tika di ajak berbicara soal CINTA, tp ingin sekali ana menjadi ‘ALIM kala berdialog menyampaikan lembaran da’wah terutamanya pada kengkawan yang sodap bonar @ pendeknya mabuk khayal dek ‘cinta sejati’ (cehh)…..
sedih pl rasanya bila nengok budak2 ni ‘jahil’ dlm membedakan

CINTA SEJATI @ CINTA MONYET @ CINTA IBLIS..!!!!

Walhal, dah maklum, tp pura2 tak tahu…
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB….......

Justeru, pd pengikut blog ana(cehh), tatapilah seni tarian jemari pencinta tarbiyah ini dalam menukilkan naskhah ERTI CINTA dlm konteks yg sebenarnya…
FAHAMILAH wahai semua shbt sefikrah, alunkanla syair @madah bg segala jenis cinta u menjadi salah satu dari agenda murobbi untuk berdakwah .


Islam adalah cara hidup

Semua setuju islam adalah cara hidup, islam adalah syumul (merangkumi semua aspek dalam hidup) , maka sudah tentunya islam ada definition sendiri tentang cinta dan sebagai agama fitrah islam tentunya tidak memandulkan rasa fitrah cinta ini.Cinta yang dibincangkan kali ini adalah cinta sesama manusia(saje remind lagi sekali :D).Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nak menikah kerana kecantikan pun tak mengapa, kekayaan ke, kekdudukan etc, cuma Rasulullah menasihat, yg lebih baik adalah dinikahi atas faktor agamanya.Ada hadis lain berkenaan bercinta, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya yang berjudul Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu), hadis yang dimaksudkan adalah :
"Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan

(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)
Imam Ibnu Qayyim menulis lagi bahawa : Para ilmuan dan dokter serta kalangan lainnya telah sepakat bahwa kesembuhan sakit cinta adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan.

_(Antum Leh rujuk kitab tersebut versi indonesia m/s : 175)

Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)
Orang yang merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yg dah kahwin, setuju? lelaki yang yakin dengan pilihan calon yang dibuat barulah berani untuk ke fasa pernikahan,kan?Tapi, bagi lelaki yang cuma pandai melafaz cinta, dan cuma tau ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak punya perancangan untuk fasa pernikahan, iyerker itu yang dikatakan mencintai si gadis itu?Atau lafaz cinta cuma dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra dari seorang gadis?Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?
Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?
Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan. Dalam kajian di atas disebut biasanya jatuh cinta terjadi bagi dua orang yang dah menegenali buat beberapa ketika, dah berkawan untuk beberapa bulan mungkin, maka kat sini masihkah relevan alasan nak berdating adalah untuk nak lebih mengenali pilihan hati lantaran jatuh cinta adalah kepada orang yang kita sudah sedia maklum kenal =)
Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple, jika betul jatuh cinta, maka pergi jumpa mak ayah si perempuan bagitahu kemudian persiapkan diri untuk pernikahan =).
Sepanjang sebelum pernikahan, simpan semua kehendak nak buat seperti mana dipertonton oleh filem2 barat, simpan untuk buat semua tu selepas proses pernikahan =).

Konklusi =)
Adakah tak patut untuk jatuh cinta sebelum kahwin?Jika bercinta itu difaham sebagai bercouple, maka ya memang tak boleh bercouple sebelum perkahwinan.Jatuh cinta datang sendiri tanpa dipinta kerana itulah lumrah fitrah.Sama-sama kita kekalkan cinta itu sebagai fitrah dan jangan tukarkan ia menjadi fitnah =).

_NUKILAN SRIKANDI ZAINAB JAHSY..




3 ulasan:

  1. hmm..
    syukran atas coretan yang penuh bermakna ini..
    diharap hati kita sentiasa dijauhkan daripada cinta yang nafsu semata2
    wallahua'lam..

    BalasPadam
  2. salam buat mu teman...

    cINTA ITU BAGAIKAN BIJI BENIH, SEKIRANYA IA DITANAM PADA TANAH YANG SESUAI
    DENGAN KEADAANYA MAKA BERCAMBAHLAH
    IA, TETAPI SEKIRANYA DITANAM PADA TANAH YANG TIDAK SESUI MAKA ROSAKLAH IA,
    BEGITU JUGA KEADAANYA CINTA,SANDAKANLAH CINTA KEPADA ALLAH, NISCAYA IA AKAN BERAKAR UMBI DAN BEBUNGA KEPADA
    MAKHLUK YANG LAIN,KERANA DIALAH PUNCA CINTA.
    KETAHUILAH KITA TIDAK PERNAH DI BERI PELUANG OLEH ALLAH UNTUK MEMBUKA
    PINTU HATI
    MANUSIA UNTU KITA SUMBAT HIDAYAH DALAM JIWA MEREKA TETAPI KITA HANYA DIBERI PELUANGUNTUK MENYAMPAIKAN
    TANPA DI PINTA MAKA LAKSANAKANLAH DAK ITU DEMI UMMAT INI.

    BalasPadam
  3. warkah yang baik untuk ditatapi..
    khususnya insan2 yang gersang dengan cinta Allah..syukran

    BalasPadam