BISMILLAH....

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derjatnya disisi Allah, dan mereka itulah orang mendapat kemenangan. "_(at-Taubah : 20)

Selasa, 31 Mac 2009

PURDAH..ADAKAH UNIFORM PENGGANAS?

Assalamu’alaikum sahabah...
Khabarkan dirimu??
Khabarkan imanmu???
Syukrillah wa alhamdalah, ternyata nafas ana masih menderu atas izin Allah buat diri ini melafazkan bait atau tinta da’wah melalui pena di halaman warkah blog.....
Entah kenapa, kalam iman ana merasa terpanggil untuk mangajak antum semua berdiskusi bersama, berkaitan isu yang ana nak bawa....iaitu NIQAB a.k.a. PURDAH!!!!!!!!
Baru2 ni, ana dan sahabah terpanggil buat menghadiri satu aturcara tarbiyah di tengah halaman metropolitan, ibu kota. Kami yang berpurdah ini lazimnya sebilangan yang agak majoriti berbnding sahabah yg len. Tak lupa, sebelum melgkah, mak di kedah sempat ana call. Bukan apa, nak doa si ibu, mg anak gadisnya thabat dalam menerima salam mehnah.
Sejurus melangkah ke dataran jihad, tiba2.......
“eh, persatuan niqab ke ni??”
SUBHANALLAH!!!! Tersentak emosi muslimat ni.dek krn iman duk pujuk hati, mujur ana ‘batalkan’ hasrat nak su’suzhon.... Hish, tp ana lagi terkilan, ‘pengumpat2’ ni bukan orang lain, tapi insan2 yang fasih dan ‘alim dgn tarbiyah...syabab plak tu.aduh lg emosi kala usikan berselingan cetusan ketawa kecil....sabar2 HUSNUSZHON!!!
‘Ya ALLAH, moga HidayahMU bisa lebih hebat bergetar mengetuk sifat2 mazmumah. Buanglah karat noda mazmumah itu di kalam iman mereka yang meragut kesucian mahmudah, kerana kesucian itu masih dipunyai mereka...Ameen........!!!!’
La Ba’sa, sekarang ana bukanla nak perhebatkan dgn emosi yg mengusik nurani tapi apa yang sebenarnya ana nak bawa halaqah di sini ialah PROPAGANDA BARAT melalui resapan pemikiran, apa lagi pada orang Malaysia yg sememangnya mudah sgt terpengaruh.
Buat pengetahuan sahabah2, budaya barat ini seolah2 ‘emosional’ apabila terlihatkan muslimat2 yang pakai purdah. Ekoran dari pelbagai prasangka mereka berkaitan ISLAM, hatta mereka tidak terkecuali melihat isu pemakaian purdah ini sebagai satu ancaman...( ketawa kecil ana tika duk menaip ni)....
Dahla Dunia Islam ni boleh ana ibaratkan ‘baru sembuh dari luka’ ekoran dari kejadian2 yang mengaitkan Islam dengan keganasan setahun dua tiga tahun yang lepas.TUP2, isu niqab plak turut depa sesuka hati amik sebagai cakna dan sanggup dibawa menjadi bahan ‘ketakutan’ meraka pada ISLAM...
Apa lg, pelbagai andaian dan spekulasi bagi memberikan gambaran buruk tentang pemakaian purdah, timbullah sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penganut agama Islam di dunia.
Dan sebenarnya rasa tak puas hati itu bermula ekoran cadangan bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan komunikasi dan bersikap lebih terbuka, mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.

Straw yang menggunakan ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, menyatakan ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah.

Jika dilihat dengan teliti maksud ‘ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah’ ia juga boleh merujuk kepada seseorang yang membuat panggilan telefon kepada seseorang individu lain, yang sudah pasti juga tidak dapat melihat wajah individu yang satu lagi.

Tapi pelik, Straw tak pula membuat ‘kajian’ terhadap isu tersebut.

Seharusnya mereka (Barat) tidak perlu membangkitkan isu berkenaan kerana dunia Islam tidak pernah mempertikaikan cara pemakaian Barat, sedangkan ia amat jelas dan nyata mendiskriminasi kaum wanita.(subhanallah, emosi pula..........)
Tapi yang pastinya kini,suka untuk ana nyatakan Barat seolah-olah takut dengan bayang-bayang pengganas ciptaan mereka sendiri dengan menyatakan kononnya, mereka yang berpurdah menyembunyikan sesuatu di sebalik kain tersebut.

Adakah mereka akan berpuas hati sekiranya kehendak mereka dituruti?

Jawapannya tentulah tidak.

Kemungkinan selepas itu, isu lain pula akan dibangkitkan. (barat oh barat.....)

Kesimpulan yang boleh dibuat tentang kenyataan Straw itu, adalah Barat sudah kekeringan idea untuk menuding jari dengan mengaitkan bahawa pemakaian purdah itu adalah ‘uniform pengganas’.

Kebiadapan Barat terserlah apabila sanggup memaparkan gambar wanita dengan mulut mereka diletakkan pelekat pada muka depan akhbar The Guardian dan The Daily Telegraph.

Kemuncak kepada kebiadapan tersebut adalah apabila seorang guru dipaksa meletakkan jawatan kerana tidak mahu membuka purdah ketika mengajar.

Ia ekoran, anak-anak murid guru tersebut mendakwa, pengajaran bahasa Inggeris guru itu susah difahami kerana mereka tidak dapat melihat pergerakan bibir guru tersebut, Aishah Azmi.

Guru Besar Sekolah Rendah Gereja England Headfield di Dewsbury, West York bersetuju bahawa Aishah, 24, boleh memakai purdah semasa di kawasan sekolah tetapi bukan semasa mengajar.

Bagaimanapun Aishah dilaporkan enggan membuka purdahnya semasa mengajar dan menyatakan ia sebagai budaya, menyebabkan dia digantung.

Majlis Muslim Britain pula memberitahu, wanita Islam tidak perlu memakai purdah di depan kanak-kanak.

Aishah dilaporkan membuat aduan mengenai Majlis Kirklees kepada tribunal pekerjaan yang dijangka membuat keputusan dalam tempoh dua minggu lagi.

Sementara itu, Aishah Azmi memberitahu BBC Radio bahawa murid-muridnya tidak pernah mengadu dan berkata perkara itu tidak pernah menjadi isu.

Ini kerana kebanyakan murid-muridnya adalah Islam dan telah biasa dengan pemakaian purdah oleh ibu mereka.
Maka, siapakah sebenarnya memutar-belitkan fakta tentang pemakaian purdah tersebut?

Jangan hanya disebabkan sehelai kain yang menutupi muka itu, dijadikan alasan untuk Barat mengaitkan keganasan dengan Islam.

Seharusnya mereka menjadikan iktibar tentang apa yang telah terjadi ekoran beberapa kontroversi yang timbul apabila menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sememangnya isu pemakaian tudung dipandang serius oleh negara-negara Barat. Di Perancis misalnya pemakaian simbol agama yang keterlaluan atau secara terang-terangan amat dilarang.

Penguatkuasaan larangan itu lebih kepada pemakaian tudung justeru pelajar yang memilih untuk memakai tudung sehingga menutup telinga, rambut dan leher dianggap provokatif dan kerajaan negara itu percaya mengenai keperluan mengharamkannya.

Dan segala-galanya telah jelas dalam undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Perancis pada Februari 2004 yang menguatkuasakan larangan pemakaian simbol agama paling ketara adalah tudung di kalangan para pelajar di sekolah awam.

Sehingga hari ini, dianggarkan 120 pelajar perempuan di sekolah awam melanggar undang-undang yang menimbulkan kontroversi bukan sahaja di Perancis malah di kalangan negara Islam.

Banyak pihak berpendapat undang-undang melarang pemakaian simbol agama itu bertujuan untuk menyerlahkan kedudukan Perancis sebagai sebuah negara sekular di sebalik lima juta umat Islam yang menjadi rakyat negara berkenaan.

Pelbagai pihak berpendapat bahawa isu larangan pemakaian simbol agama lebih mengenai keprihatinan kerajaan Perancis terhadap kadar populasi umat Islam di negara itu yang semakin bertambah.

Kehidupan rakyat Perancis yang sarat dengan tradisi sekular sejak zaman revolusi itu kini sedang dalam proses diterjemahkan dalam bentuk undang-undang berikutan kebimbangan negara berkenaan terdedah kepada ancaman kerana dikatakan bertoleransi kepada agama.

Kadang-kadang dirasakan hairan mengapakah tradisi sekular harus menyekat kebebasan berpakaian pelajar-pelajar beragama. Sememangnya sekular bermaksud memisahkan agama daripada kehidupan nasional.

Tetapi sentimen antiagama yang dikatakan sebagai antisekularisme adalah bercanggah dengan semangat demokrasi itu sendiri. Sekularisme yang toleran adalah seperti India yang memisahkan agama dengan politik tetapi memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk hidup beragama.
KESIMPULANNYA di sini, ana sendiri gerun memikirkan adakah propaganda barat berkaitan ISU PURDAH ini turut menjadi 1 sentimen segelintir masyarakat kita pula??? Ana kembali semula terhadap apa yang ana coret di pemulaan tinta pena mula2 tadi berkenaan isu syabab2 yang mencuit emosi kami gadis2 niqab ni. Khuatir ana, tidak mustahil si syabab2 ni turut ‘ter’resap akan wacana dari pandangan barat ni.....namun seperti ikhlasnya ana mengatakan ‘alimnya mereka dalam memahami tarbiyah, moga2 biarlah ia sekadar satu usikan nakal yg datang dari fitrah insaniah makhluk bernama lelaki...(at least, tau jgk mereka ni pun manusia biasa........)setidak2nya, mereka ini tidakla pula mengangguk2 tanda setuju akan berita2 yang dicoret pengecut2 barat....
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB.......
SEMOGA DUNIA ISLAM KAN TERUS WANGI DENGAN KEBENARAN DEMI MELAWAN MUSUH2 KAFIR...
Tinta pena ZAINAB JAHSY =)

1 ulasan:

  1. seorang daie tidak akan dibiarkan senang dengan nikmat dunia,kerana bisa jadi kesenangan itu mematahkan langkah kaki ke medan juang, tanamkan tekad dan azam yang tinggi demi kemenangan islam..
    teruskan berjuang ukhti..

    BalasPadam