BISMILLAH....

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derjatnya disisi Allah, dan mereka itulah orang mendapat kemenangan. "_(at-Taubah : 20)

Jumaat, 12 Jun 2009

CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT...


Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi jika kau tidak temui,
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Tetapi jika kau tidak temui,
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui jua…
Maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

- Imam Al-Ghazali r.h.
Dalam diari seorang pejuang,
Tiada ketentuan yang menyedihkan,
Masalah yang merumitkan,
Ujian yang melemahkan,
Bala yang menyusahkan…
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.
Mereka tepu dengan masalah dan ujian.
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
Lambang kekerdilan kudrat hamba
Berdepan dengan belaian sang Pencipta
Sebagai tanda ingatanNya....

¬_assalamualaikum to all bloggers…
Akhirnya tinta pena dr pencinta serikandi zainab jahsy kembali ke laman maya ini..memahami ertinya diri demi mencari mukminah.muslimah,muslihah serta na’ilah. Sambil jemari tidak lupa dari tarian meski tidak berdetak detuk mghasilkan natijah mcpta madah di halaman maya….semoga hadirnya madah yang lebih bisa segar hingga mnitisnya embun2 damai di ruangan iman dari panahan mata yg menatapnya…..

CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT…..imbuhan segar yang menyentak emosi. Menegur perilaku iman yang kian bergolak, mengimbangi dari alpa nafsu…mencari islah dengan pimpinan taqwa…menikmati izzah dengan panduan solehah.
INSYAALLAH….

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    salam ukhuwah..
    benar! apa yang dibicarakan.
    hati asalnya itu terbahagi kepada dua hati yang berada pada jasadiah dan hati yang berada pada rohaniah dan cara mengubati dan menjaga kedua2 hati tersebut juga merangkumi kaedah yang berbeza, andai hati dalam jasad yang diingini itu sihat maka penjagaannya adalah dengan melakukan aktiviti senaman,menjaga pemakanan dan sebaginya andai ianya sakit maka hospital la tempatnya,,sekiranya hati ini mati maka kuburla pula tempatnya..
    begitu juga dengan hati yang berada dalam rohani,,hati ini tidak dapat di rasai dengan zahir namun hati ini bisa dirasai dengan kekuatan iman dalam diri.. nikmat kesihatan hati rohani bisa sahaja diterjemahkan melalui pembentukan perilaku seseorang itu...lazimnya penyakit hati rohani ini ramai manusia yang menghidapinya mungkin kerana penjagaannya yang tidak betul kelalaian pada nikmat dunia membawa kepada kerosakan hati dan jika ianya berterusan sakit maka tunggulah saat kematian hati tersebut..jasadnya bernyawa tapi hatinya mati..dan hidupnya menyusahkan insan yang punya hati rohani..namun hati itu masih boleh diubati jika berjumpa dengan “doktor rohani”untuk mengubati penyakit hati ini..

    Quran,solat dan juga cinta pada kematian adalah penawar yang mujarab bagi mengatasi masalah hati ini.. dan andai penyakit hati itu terlalu kronik hingga tidak ada ubat lagi yang sesuia maka kembali la pada yang menciptakan hati ..Allah la sebaik-baik doktor rohani..

    BalasPadam