BISMILLAH....

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derjatnya disisi Allah, dan mereka itulah orang mendapat kemenangan. "_(at-Taubah : 20)

Khamis, 15 Disember 2011

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX

|







Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

*U-Jam = usrah jemaah anak muda

Jumaat, 30 September 2011

KASIH TAK TERUCAP..!!


assalamualaikum, apa khabar kondisi antum fillah? moga2 khair belaka..setelah lama tak mengasah mata pena, hajat penulis kali ini teringin sekali menitipkan rasa kasih buat seseorang yang tiada nilainya buat diri ini..seseorang itu...lelaki itu....arwah ayah.


20 September , tak terlalu lama berlalu bagi saya..tanggal tarikh itu, genap 2 tahun rasanya diri ini serta sekalian usrah keluarga merasai ketiadaan ayah di sisi. Genap dua tahun pemergiaannya ke rahmatullah. Saat ini, mahu saja titis air mata, tapi tidak sekali air mata harus dirembeskan. Air mata ini biar dalam nuraniku, biar dalam benakku, ku simpan air mata ini dalam hati. Air mata yang jauh tersembunyi saya gantikan dengan rasa bangga pada lelaki terhebat itu..AYAH. peritnya, tapi akan tsabat ditahan dari berjejeran.

Ya masakan tidak bangga, bangga memiliki lelaki ini yang pernah disamping ku, serta di sisi keluarga.

‘Ayah…tersangat merinduimu.maafkanlah segala dosa saya, perilaku saya yang sering menyakitimu, amarahmu senantiasa pada kelakuan nakalku serta adik2.bicaramu penuh taujih demi kebaikan yang menyenangkan…’ monolog hati ini, sang pencinta pena.

InsyaAllah akan sentiasa saya kenangkan seraut wajah tenang ayah, sebagai bekal untuk menjadi anak yang sabar, dan sabar, dan sabar lagi..jangan khuatir andai anakanda mu ini melupakan mu, kerana itu tidak mungkin terjadi selama nafas masih terhelah. Dengan nafas itulah, akan ku selalu selalu selitkan doa buat sakinah ayah di sana..

Ayah, anak ini jujur dengan mu. Bahwa diriku masih menatih selepas ketiadaan mu ayah, anak ini masih ralit dengan manjanya. Manja dari kasih dan belaianmu. Ketiadaanmu betapa mengajarku seribu satu erti kehidupan. Taujih yang pernah datang dari bicara ayah menjadi tarbiyahku buat mendepani mehnah dunia, sering ku sembunyi tangis ini di mana2 pun diriku berada waimah di hadapan bonda sekalipun.

‘Allahu Rabb, semoga Kau limpahi arwah ayahku dengan rahmat dan kasih sayangMu. Tempatkanlah arwah di dalam kalangan para solehin, amin…’

dalam surah yunus ayat 4, Allah swt berfirman dengan maksud :

"Hanya kepada Nya lah kamu akan kembali, sebagai janji yang benar dari Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah bangkit) agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka."

Antara janji Allah adalah tentang tiga perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah kita mati ialah doa anak yang soleh dan solehah. Bukan berapa jumlah anak yang akan menjadi penawar buat ayah bonda yang masih hidup atau telah mati. Tapi berapa anak yang akan sentiasa sudi mendoakan kebaikan buat ayah bonda yang telah pergi mengadap Ilahi.

p/s~ "Ya Allah, semoga dipelihara ingatan ku agar doa anak ini tiada pernah putus buat kedua ibu dan arwah yang paling ku cintai. dan kalangan usrati ku, agar kami hidup dalamlimpahan rahmat dan inayahMu, amin ya Allah.."

Jumaat, 26 Ogos 2011

revolusikan nilai UKHUWAH,mahligai terindah..

Ikhsya ‘alaik...!! umpat Abid mendapati flashdisknya hilang. “Siapa yang mengambil flashdiskku!” ungkapnya dalam hati, “Pasti teman satu kamarku pelakunya, sial..sial...sial! mereka memang tak bisa dipercaya....!”.

Sepenggal demikian kisah diatas tentu pernah dialami oleh orang-orang disekitar kita ataupun kita alami sendiri. Kita akan merasa menjadi yang paling benar saat kita mengalami hal tersebut, tanpa melihat berbagai kemungkinan disekitar kita. Padahal bila kita berfikir, mungkin saja kita lupa meletakkan disuatu tempat atau mungkin masih dipinjam oleh salah satu teman kita. Itulah sebabnya?? mengapa kita harus selalu berusaha untuk berfikir positif, bayangkan bila kita selalu berfikir negatif, kita akan hidup penuh dengan kecurigaan terhadap orang-orang disekeliling kita. walhal kalam kita mengatakan cinta mereka..!!

Begitu indahnya bila kita memiliki hati yang bersih, fikiran yang positif, serta tindakan yang baik. Peribadi kita akan menilai diri ini penuh dengan rasa syukur. Apapun yang kita miliki dan terima dengan hati yang senang, semua itu hakikatnya akan dikembalikan lagi kepada Allah SWT.
Kerana Allah akan memberikan nikmat yang lebih banyak, bila hamba-Nya mahu bersyukur. Itulah janji Allah, yang tak akan pernah diingkari oleh-Nya. “La in syakartum La aziidannakum”(“Jika kalian bersyukur, niscaya Aku (ALLAH) akan menambah rizkimu”)… QS. Ibrahim : 7

Dengan pikiran yang jernih, kita tidak terlalu banyak menuntut kepada orang lain untuk berbuat sesuai dengan apa yang kita inginkan. Tapi selalu lah memberi perhatian dan toleransi kepada orang lain dan berusahalah mengerti keadaannya.

Husnudzon atau berbaik sangka kepada siapapun adalah kunci kita bisa membangun hubungan baik dengan siapa saja. Berbeza dengan su’udzon yakni perbuatan yang harus dijauhi kerana jelas dilarang dalam syari’at. Rasulullah pun pernah mengatakan, bahwa tingkatan ukhuwah islamiyah yang paling rendah adalah husnudzon. Sedangkan yang tertinggi adalah ihtisar (mendahulukan kepentingan orang lain dibanding kepentingan sendiri). Subhanallah bila kita semua bisa melakukannya dengan baik dan istiqomah.
Dengan begitu, sebuah ikatan persaudaraan se-muslim atau yang biasa akrab disebut dengan ukhuwah islamiyah, akan terjalin indah bila satu sama lain saling mengerti dan memahami. Tidak pernah terfikir dan terbesit perasaan dendam, iri, bahkan kesal dengan perilaku siapa saja. Jangankan dengki, iri saja pun tidak diperkenankan oleh Allah SWT.
Sekarang.....

Bagaimana kita bisa ihtisar kalau husnudzon saja terasa begitu sulit untuk dilakukan ?

Bagaimana pula kita bisa mengalah demi orang lain jika berbaik sangka saja rasanya begitu berat ?

Husnudzon terlihat seperti perkara yang mudah, namun ternyata payah untuk dilaksanakan. Lebih mudah bersu’udzon (berburuk sangka) dibanding berbaik sangka. Karena memang syaitan terus menghembuskan nafsu egoisme kita untuk melihat kesalahan orang lain, bagaikan melihat seekor gajah dipelupuk mata. Begitu sebaliknya, kebaikan orang lain bagaikan mencari semut hitam diatas batu hitam.
Contoh yang paling sering kita hadapi antara lain, ketika melihat ada orang lain yang perilakunya tidak kita sukai, maka kita secara tidak langsung berfikiran negatif bahwa orang itu memang mengada-ada, suka mencari perhatian, atau piktor (pikiran kotor) yang lainnya. Padahal bisa jadi dia melakukan itu kerana terpaksa atau bahkan memang tidak sengaja. Kita sebaiknya memikirkan beribu-ribu alasan terlebih dahulu untuk mendasari sikap ia berbuat seperti itu dan mencuba memahaminya.
Tapi yang sering kali kita lakukan malah ghibah atau gosip (membicarakan keburukannya pada orang lain) dan tidak mahu berusaha untuk memberi kesadaran kepada orang yang kita gosipkan tersebut, kalau kita hanya sekadar bergosip, maka orang itu tidak akan pernah tahu dan menyedari bahawa dirinya mungkin pernah berbuat salah.

Seperti dalam QS. Al Hujurat ayat 12 dijelaskan bahwa:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjingkan sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya …”

Masya Allah, begitu burukkah perumpamaan bagi orang yang suka menggunjing orang lain? Sehinggakan Allah mengibaratkan seperti memakan bangkai saudaranya sendiri. Yah, itulah yang wajib kita renungkan, wahai saudara-saudara ku se-iman.
Terlepas dari seberapa besar dosa yang akan kita dapatkan, dengan selalu berburuk sangka dan mencari-cari kesalahan orang lain, kemudian mempergunjingkannya kepada orang lain. Namun tetap saja perbuatan tersebut merupakan suatu yang sia-sia, sehingga akan membunuh diri kita sendiri. Kerana orang yang selalu berfikiran negatif, secara automatik tidak akan pernah puas dan tidak pernah suka melihat orang lain bahagia. Alhasil, hatinya akan selalu dipenuhi oleh noda-noda kebusukan untuk menghasut bahkan memfitnah saudarnya sendiri. Hidupnya juga tidak akan pernah tenang dan merasa aman, serta selalu sengsara dan menderita tekanan batin tingkat tinggi.

Oleh keranana ini, marilah kita mulai menata hati kita. Untuk selalu berfikir positif, mulailah dari sekarang untuk selalu berusaha berbaik sangka pada saudara-saudara kita. Dengan membiasakan berhusnudzon, maka aktivitas kita akan terasa ringan untuk dijalani. Kerana Allah akan selalu memberi jalan kemudahan bagi hamba-hamba-Nya yang berusaha untuk terus memperbaiki kesalahan saudaranya dalam sebuah mahligai ukhuwah islamiyah untuk menjadi kuat dan kukuh.

Untuk membentuk sebuah mahligai ukhuwah islamiyah yang indah serta kukuh, memang perlu tadhiyah (pengorbanan) yang tinggi. Menjalin persaudaran itu membutuhkan tahapan sedikit demi sedikit. Mulai dari tahapan ta’aruf (pengenalan), tafahum (saling memahami), takliful qulub (ikatan hati), tafakul (toleransi),tadhiyah (saling berkorban), serta ta’awun (tolong-menolong)

Semua proses ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, serta memerlukan tahapan sekaligus komitmen yang teguh. Hanya kepada Allah lah kita berusaha dan bertawakal.

Segera revolusi diri menuju keadaan yang lebih baik.

Berubahlah mulai hari ini karena Allah SWT semata.

p/s~ alhamdalah, usai nota ini membuihkan ketenangan dalam qalbuku ya Allah.. mohon petunjuk inayah dari MU agar sampai daku merasai izzahnya bahagia dalam sebuah MAHLIGAI UKHUWAH..
~ menyayangi antum akhwat fillah.

SALAM RAMADHAN KAREEM WA EID FITRI 1432H 2011....

Khamis, 21 April 2011

PINANGLAH DAKU KERANA DA'WAH...

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.
Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu.

Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus.
Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah.

Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Selasa, 1 Mac 2011

KEM MEMBINA LEGASI...



SALAM'ALAIKI,
berikut merupakan aturcara program yang dirancang khas buat adik2 sekolah pada cuti sekolah yg bakal berlansung ini..

percayalah, program ini dinamakan Membina Legasi kerana bakal mengajak dan mengajar adik2 dan anak2 tuan/puan bijak dalam merencana hari2 persekolahn hinggalah dewasa nanti.
matlamat kami, agar kefahaman adik2 dan anak2 tuan/puan menterjermahkan kehidupan mereka selaku 'abid atau khalifah Allah.

Modul2 yg digunakan merupakan kajian dari ustaz Fazrul Ismail yg juga merupakan master trainer bg program ini..
serta dibantu oleh instruktor/fasi yang berpengalaman termasuk lulusan graduan dari luar negara.
insyaAllah, sama2 dgn kerjasama tuan puan untuk mengisi waktu anak2 kalian pada waktu cuti sekolah ini dgn program yg bermanfaat dan bermakna..

waimah, sekecil2 umur begini udah mampu menafsir makna kehidupan, hatta ayuhla bersama2 kami di dalam program KEM MEMBINA LEGASI..
maklumat program adalah seperti dalam brosher berikut, berserta yuran, tempat yang menarik dan lain2 lagi...

ilmu Allah, sama2 kita jejaki...
insyaAllah 'ala kulli haal.

bg yang berminat, sila hubungi cik nurul najwa pd talian 019 - 4252590 (project manager)
email : nurulnajwa88@gmail.com.

manakala, tuan/puan boleh melayari web, total-success.net bg melihat profil syarikat berserta profil master trainer sendiri..

Selasa, 15 Februari 2011

SANAH HELWAH YA RASUL... (^'_'^)

Alhamdulillah, saat ni jam 11.47 pm, masih ada masa sebelum jam meniti 12, berakhirnya maulidur rasul.. masih lagi punyai masa menghadiahkn selawat sbg ucapan besday bt baginda mulia. setelah usai talaqi buat imtihan esok hari, bibir ini menguntum senyuman tidak putus2 mengenangkn halaqah bersama anak2 ku kasih pda mlm smlm...
bibir kesemuanya meraikn hari maulidur rasul, syukrillah lapang dada krn 'valentine day' tiada diingati di antara kami....

'valentine day' kami imarahkn dgn hari kasih sayang yg selayaknya, ykni pd Baginda s.a.w. hati menangisi sebak, krn iman msih jauh untk menjejaki akhlk Rasul..

Di hati kami ya Rasul, kaulah segalanya.

mlm halaqah bersama mawar2 ku, sengaja jari ini meyelak lembaran RASMUL BAYAN, meneliti lembaran "kewajiban kita kpda Rasul s.a.w".

nikmat rasanya halaqah mlm itu, krn muncul lg seorang mawar mengisi ruang penuh antara duduk sila kami semua.

bismillah, buka majlis talaqi dgn kalam furqan al-fatihah, majlis ku buka dgn kewajiban kita untuk bersaksi bhwa Muhammad Abdullah adalh nabi dan utusan Allah. ya Allah, persaksian kami ini menuntut komitmen darinya, dan menunggu hari menterjemahknnya.

maka konsekuensinya :
1) haruslah kami MEMBENARKAN apa yg disampaiknnya.
=seor muslim yg mukmin yg baik selalu membenarknnya..seperti Abu Bakar contoh dalam peristiwa yg terakan indah dalam Isra' Mi'raj..kata Abu Bakar ,
"Kalau pun dia mengatakan yg lebih daripada itu, aku tetap mempercayainya.!"
(masyaAllah)

2) MENAATI apa yg diperintahknnya..
= wahai sekalian sahabat, apa yg diperintahkn dr Allah dan RasulNya, marila kerjakan sebatas kmmpuan krn Allah xmmbebani ssorg mlbhi kmmpuannya.

3) MENJAUHI apa yg dilarangnya.

4)TIDAK BERIBADAH kecuali dgn apa yg disyariatknnya.
= ssgguhnya smua peribadatn itu HARAM, kcuali yg sdh ada syariat-Nya....

Maka, semua kewajiban ini, insyaAllah perolehi hasilnya adalah :

Mengimaninya,
Mencintainya,
Mengagungkannya,
Membelanya,
Mencintai mrk yg mencintai,
Mencintai Sunnahnya,
Memperbanyakkn selawat kpdnya,
Mengikuti manhajnya,
Mewarisi risalahnya....

Amin, allahumma amin, demikianlah kalam rasmul bayan yg disampaikn, moga bisa kita fahami dan terjemahkn, dan moga2 Allah redho, bi'iznillah..
perkongsian satu ibadah, yg dikecapi adlh nikmat yg tiada tara.

ya Rasul, ana uhibbuka fillah, sanah helwah ya Muhammad...
contoh terbaik ummat akhir zaman.

Khamis, 3 Februari 2011

KEMELUT MESIR..!!


"allahuakbar, ana takut jg..xpernah rasa debar gini..doakn selamat ya.."

masyaAllah, itu antara yg 'sempat' ana dapat chat dgn salah seorang sahabiah di sana (mesir), biarpun kalut, tp lega setidaknya krn perkhabarannya bersama sahabiah yg lain selamat2 saja..syukrillah..

dan sekarang, internet di sana khabarnya tidak dapat lagi digunakn krn line semuanya 'dibunuh'..aduhai kesian para ibu bapa yg menggila kerisauannya memikirkn kndisi anak2 yg menuntut ilmu d mesir..syukur, krn inisiatif para pelajar akhirnya dapat menubuhkn laman blog mereka dalam usaha untuk menyampaikn perkhabaran, blog mereka dapat diikuti di :
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.



sahabat yg sempat ana berbicara dgnnya pd mukaddimah tinta td, adalah org negeri sembilan...beliau bersama sahabat senegeri tinggal di kediaman mereka yg bernama 'rumah negeri sembilan' (begitu juga dgn shbt2 negeri lain)..khbr dari beliau sendiri telah bikin jantung ini debar2 dalam kerisauan, moga doa ini sampai di sana..

katanya, kawasan berhampiran tempat tinggal mereka, berdekatan penjara. subhanallah, habis lari lintang pukang banduan mengambil kesempatan atas kemelut yg berlaku dimesir..khabrnya hampir beribu2 banduan. ini yg mencetuskn ketakutan mereka yg menjadi kerisauan para ibu bapa di Malaysia..semoga rakyat mahupun para tolibul'ilmi kita selamat di sana, serta segera pulang..ana yakin, ada yg trauma melihatkn situasi yg seakan2 belum menampakkan reda dan tenang.

akhwat wa ikhwah fillah, ayuhla kita kumpulkn doa kita ramai2 agar kemelut mesir di sana kian reda, serta kepulangan rakyat mahupun pelajar2 di sana pulang dgn segera, insyaAllah..moga krisis di sana kian pulih dan berpihak kepada kemenangn yg adil..
'ala kulli haal wafi kulli haal wani'mah.
ALLAHUAKBAR..

Sabtu, 15 Januari 2011

anak2ku DOKTOR.!! (1)

"umi, kasya nak jadi businesswomen yek..pasti jaya sukses ken umi.?"hua ha

"eleh, hizbur xnk business, xsuke..hizbur mau jd pilot, terbang tinggi.."
jeling hizbur sambil mata tertancap di langit atas.

"eh kak soleh mau jd apa..?" tanya si hizbur.

solehah menyendiri di suatu sudut rumah mereka, dia masih berfikir2, antara kehendak umi dan kehendak diri.

'uh.. penternakan adalah cintaku, aku suka nyanyian si embek dan si moo.jiwaku sebati... namun aku lagi mengasihi umiku. suaranya adalah doa sukses buatku..oh umi, soleh lagi sakit minda memikirnya..' gerutu hati soleh.
empunya, nur soleh, yakni anak kedua pasangan haji ariff saad dan hajjah khaadeeja,sedang sibuk dengan gerutu hatinya sendiri. baru senentar td, dia berbncg dgn uminya perihal pilihan cita2nya..

lembut, namun kehendak umi seakan tegas memilih cita2 buatnya sendiri untuk melakar kesenangan di buminya Allah,ykni sebagai doktor.. sdari dulu, soleh tersangat mencintai dalam bidang penternakan. dirinya terlalu memberontak tegar untuk memilih keputusan dari suara hatinya, ntah mgpa...

'ah, nnti akan ku hubungi kak habib..'pujuk hatinya.. bibirnya senyum dalam kepayahan..

di suatu sudut dalam kamar utama baitil haji ariff, ummu habib sedang termenung. matanya tertancap pada sebingkai gambar penuh makna padanya. di dalamnya, dia dapat melihat senyumn2 indah bahagia deretan permata hidupnya bersama suami..gambar putera puterinya santun bergambar ingin mengabdikan diri dalam potret. bermula habib, soleh, hizbur, úkasyah, talha, ayoubi serta si bongsu balkish..
saat itu juga, dia teringat pada perbualan bersama sahabat akrabnya, ustazah jauziah, tika mereka masing2 masih mekar dalam perkahwinan dulu..jauziah adalah sahabtnya ketika sama2 menuntut di Darul Quran. kini , jauziah juga merupakan ibu kepada 7 org anak serta aktif bda'wah. kekadang, muka sahabatnya itu, dilihat di kaca tv atas undangan forum terbuka. dalam diam, dia mengagumi sahabatnya itu...

"amna khadeeja, hidup ini sudah Allah aturkan yang terbaik buat hamba2nya. harusnya kita persiapkan diri kala berdepan dgn segala ujian, krn deeja, ujian itu datangnya dr izin Allah jua.. ana yakin deeja mampu menangani keletah anak serta kehidupn berkeluarga.
untuk membentuk zuriat/anak2 yang soleh solehah, kita harus membentuk solehah pd diri kita dahulu..jgn lupa dgn ap yg pernah ustazah kita khbrkn dulu tika kita sama2 bljr d DQ...jauziah tertawa kecil, teringat pada usrah tika belajar dulu..hinggakan murabbiah mereka memberi titipan kala menjadi ibu bapa nati....

"adik2 skalian, mudah sbnrnnya untuk melentur anak menjadi soleh solehah..zuriat kita harus terdidik adalah melalui diri kita dahulu..kenalkan anak2 supaya mengenali Tuhan
.Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka...." jauziah masih segar lagi mengingati titipan dari murabiahnya dulu...

1.Ibu Bapa berusaha menjadi soleh dan solehah.
2.Menjaga adab pernikahan dan perkahwinan.
3.Menjaga adab ketika mengandung dan kelahiran anak.
4. Beri anak makanan yang halal.
5. Didik anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
6. Carikah guru yg baik dan hebat untuk beri bimbingan pada anak.
7. Doakan anak agar menjadi anak soleh dan solehah

(bersambung......)