BISMILLAH....

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derjatnya disisi Allah, dan mereka itulah orang mendapat kemenangan. "_(at-Taubah : 20)

Ahad, 27 September 2009

Muhasabah cintaku...!!!!!!!

Muhasabah cintaku...!!!!!!!

RAMADHAN 29....

_6.00 a.m.
subuhku cantik, ya Allah..ubunku sejuk sekali, jasad terasa sakit...namun bagaikan penawar dosa. Subhanallah, enak sekali muhasabah cintaku kala ini. cintaku di atas sajadah mendamba wajahMu. Aduh, berat mata saat ini, bagaimana ni? Sedang pula musyaf di tangan ku, ah biar dua atau tiga m/s, janji tetap janji.

_4.16 p.m
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!
Na’uzubillah, asar sudah!! Apa yg telah terjadi..?? harus kenapa pula ada wajah-wajah di sekelilingku? Mengapa ni? Umi menangis? Tapi kenapa?..........arghh.!!!
“sabar rohan, sabar ya. Ingat Allah. Enti bagaikan koma sedari subuh td. Enti terus rebah bersama telekung sbaik selesai solat subuh pg tadi. Beberapa kami panggil, lnsung tiada reaksi. Kata doktor, enti cedera teruk bhgn dalaman, subhanallah enti buat kami betul-betul resah. Kami lnsung tak ada kekuatan untuk apa2 ‘persediaan’...”

Hatiku berbisik..

..................‘persediaan.? Sedia utk apa? apa y sbnrnya y tlh jadi?’
“umi, bleh ceritakan pd rohan? Apa pun yg berlaku, ana asif, wallahi asif jiddan. Kenapa tiba-tiba bisa jadi saatnya asar kala ni? Rohan rasakan baru shj usaikn fardhu sbuh td? Kenapa mereka cakap ana koma? Ya Allah, rohan betul2 bntu, lnsung tdk fhm...umi.......” hatiku rimas sndri dgn sgla psoaln2 ini.
Terdengar esak dr umi, hibanya kedengaran..aduh,pilunya hati dek tdengar tangisannya..

“iya dik, tak mengapa..rehatkan kondisi diri tu dulu ya? Enti dalam keletihan, td nafas juga seperti penat. Eloklah jangan difikirkan apa yang terjadi, plz rest enough ok..?” abg mencelah..

‘arghh, persoalan ku tidak dijawab lnsung, harus bagaimana ign rehat??’ hati kecil memberontak.

AKHIRNYA...usai solat asarku,

“oh, ‘dia’ lg yg mjdi asbab kekalutan dalam baitilku ini. habis kalut umi ayah ‘menghalaunya’...habis lg ribut sahibah2ku belaka, ukht cintaku lg resah lntrn jarak memisahkn kndisi dhaifku dgnnya...”

(ukht hbibati, rohan asif ya.adik kecik dambakn kmfn drmu kerana mjadi penyebab pd air matamu..akhwat2ku fillah, ana juga asif kerana mbutuhkan keriangan antunna di mlm syawal semata2 memikirkan keadaan lemah jasad ini. namun jazakillah, doa kalian ternyata solehah. Mata ini celik juga kerana doa2 antunna, selain doa tangis umi ayah.)

Rupanya ‘hanbal’ lah asbab akan keributan pada kndisi diri, iya makhluk halus. Namun dirinya punya status selaku muslim.. hatinya terpaut di jalan salah yang ternyata lg haram perlakuanny selaku hamba yg bertuhankan ALLAH.. Hanbal ini, yang telah memilih hatiku utk merasa kasih dan sayang. Hanbal ini, yang telah kabur imannya.. hanbal ini, yang telah hilang muhasabah cintanya pada ALLAH. Dan HANBAL, HANBAL & HANBAL.................

Baru ku sedar, kisah ‘koma’ku adalah kerana si hanbal..
(hanbal oh hanbal...........)

YA ALLAH!!!!
_’21 message receive’...

Tak pernah sekali telefonku menerima sebanyak ini kiriman wrkah. Kalut, terketar2 jemari memicit punat buat menatap kesemuanya.....

_1 message........
”rohan, cepat sedar ya.?”

_2 message..........
“Tuhan, kuatkan ukhti rohan..kami mendambanya lg di taman talaqi sini. Banyak lg agenda ign ku usaikan bersamanya, subhanallah perkenankan doa aku buatnya. Kuatkan tbuhnya, hatinya milikMU ya ALLAH, bukan milik makhluk itu.’dia’ musuh kami, ‘dia’ musuh musuh rohan jua. Ilahi, sampaikan kekuatnku buatnya, hamba rayu Tuhanku..”

_3 message........
“rohan, akak tggu d sini.. akak yakin adik akak. Adik akak kuat, akak betul yakin dik.!! Bertahan sikit shj lg ya?”

_4 message.......
“adik kecik !!! bertahan ya. Akak yakin rohan boleh ‘menang!! TAKBIR!!”

_5 message.............
“salam rohan, akak ucapkn salam EID FITRI, maafkan akak selama perkenalan kita. Yakin dik, hati ini meyakini, Eidul Fitri akan datang, pasti kita bisa bersama lg, kn? InsyaALLAH...”

_6 message.............

_ ............21 message...............

Huk huk, basah rupanya telefon dalam genggaman tanganku. Subhanallah dari tangisku rupanya.

( oh mawar2ku syg, pilunya rasa hati.. betapa diriku bikin kalian dalam keresahan, maafkan ana. Wallahi, ana cinta kalian. Ilahi, mereka anugerah terindah buatku)

SYAWAL 1....

Hening pagi, takbir itu ya Allah... Lagu pling indah di halwa telinga ini.
Huk huk, ada tangis lg d wajah ini,
‘ syukrillah Allahku habibi, aku bisa lg di rezekikan u mendengar takbir buat meraikan syawal ini.’

SYAWAL 4.........

Aku koma lagi....... keributan yang sama, kekalutan yg juga sama...serta resah pd ukhti2 cintaku yg sama, habis saat2 malamnya di usaikan dengan solat hajat, mathurat serta sedekah doa mereka. Aduh, ada kah lg mutiara air mata yg gugur keranaku????

DAN SYAWAL SETERUSNYA.......

Diriku kembali dhaif dalam koma..sakitnya.... Sakit sekali, namun itulah yang bernama MUHASABAH CINTA. Kuatknlah ku ya Allah, lindungilah aku dari putus asa...
JIKA AKU HARUS MATI, MAKA PERTEMUKAN AKU DENGAN MU....( antara bait2 melodi nasyid EDCOUSTIC , yg mbantu muhasabah cintaku pada Allah..)

DAN SAAT INI, SYAWAL SEKARANG.........

Setelah koma lg, akhirnya hanbal ‘CERAIKAN’ aku.. oh Tuhan..!!!! tiada lg ‘dia’ sebagai ‘suami’ ku..

‘umi, ayah. Rohan syukran.... ukhti murobbiah, rohan cnta enti, rohan syg ukhti. Ukhti cnta rohan dan zaujan, rohan syukran. ‘ukhti fateh’, rohan juga syukran... dan akhwat2 serta para mad’u, ana syukran..... JAZAKILLAHU KHOIR. Butir-butir cnta air mataku buat kalian, teringat semua yang Kau berikan padaku...

Oh.... MUHASABAH CINTAKU PADA MU..

Dan buat jasad yg masih menerima sakit, terimalah shj.. sakit yang msih terasa, itulah penawar dosa, itulah kaffarah..

_asy-SYU’ARA’
“ dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, “

( semoga kisah ini menjadi tauladan...demi nkmat ukhuwah, demi nkmat SAMARAH ( sakinah mawaddah wa rahmah yg dicari dalam paduan ketaatan buat ALLAH.. Allah hadirkan ujian, itulah komunikasi Dia utk kita....)
Betul kan???

Allahu Ta’ala ‘alam bis sawab.....
_ srikandi Zainab Jahsy

Selasa, 25 Ogos 2009

DOA INI !!!!

" bismillahillazi la yadurruma'asfihi syai'un fil ardi...wala fissama'i wahu was sami 'ul 'alim........."

amin ya Allah, amin Allah humma amin...

esak-esak kedengaran halus di pendengaran, suara hati berbisik
'menangiskah aku?? ada air matakah di wajah ini??'

Ya ALLAH, aku sedang berbicara rupanya..aku berbicara denganMU.. dengarkah Kau akan doa ini? iya pasti, kerana iman ini meyakini Kamu..hatiku berIslam, hatiku megerti tawadhu'.. oH doa ini...!!! terimalah ia kekasihku Ilahi. aku lg dambakan cintamu, aku lemah lg jahil tanpa pimpinan dariMU....

ALLAH...terimalah DOA INI..!!!



_assamu'alaikum sahabat sahibah...
hati berombak penuh cinta, tidak lg sabar untuk bertanyakan kondisi kesihatan kalian...jua bagaimana motivasi iman?? sihatkah antum/na?
tawadhu' iman ini mendambakan berita khair belaka dr nafas helah seorang pencinta ALLAH...insyaALLAH 'ala kulli haal..

Subhanallah, jemari agak kaku ketandusan kata, jua bicara madah untuk menari lincah atas papan pemuka ini..berbulan meninggalkan halaman maya meskipun kedengaran rayu dambaan blog untuk menitipkan melodi lirik tarbiyah menghiasi paparan mencipta ayat2 Cinta... skian lamanya, jemari ini menyembunyikan amarahnya untuk melempiaskan segala hamburan ayat2 penuh mahabbah untuk dijadikan bingkisan hadiah, santapan nurani mata-mata kalian yang menatap...

bismillah, semoga bicara kali ini lebih menginsafkn, lebih dalam keharuan meratapi keampunan dari Azza wa Jalla akan segala keluhan yang terbit dr jasad lemah ini. al maklum, penulis tika ini dalam pencarian hadiah SAMARAH ( sakinah mawaddah wa rahmah) dr Allah sebagai bekal di medan baru...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, rupanya Allah takdirkan menjadi R&R sterusnya, meski tiada pun kerehatan di dalam taman ini. Cinta dan kasihnya Ilahi, diri ini mengaku selaku 'tolib 'ilmi', dan pantas shj disediakan ruang halaman yang sebegitu luas untuk tarian dakwah yang semakin lincah.

kini umur ana sebulan sudah di medan talaqi UPM, syukrillah...dengan jayanya ana akui langkah ini masih kebutuhan, masih berada dlm kelembapan untuk mencari wasilah penerus juangan..hati mencari2, antara ILMU, antara CINTA Allah, antara redhoNYA, serta restu mak ayah untuk mencari anugerah dunia..

Dalam keluhan, ternyata Dia prihatin kerana bisikan ini menerima perhatianNYA, dan sungguh Dia berikan hadiah tiada ternilai dengan kehadiran mawar-mawar yang cukup luar biasa keelokannya.cantiknya mawar-mawar ini ya ALLAH..tak sgka, rupanya mawar-mawar ini lg mengerti akan asbab apa yang bertamu di ruangan hati yang tersembunyi satu perasaan di dalamnya...
mawar berduri, akhawat y mulus dalm thabat hati2nya meneruskan laungan FISABIL ALLAH berteman kuda2 yang setia.



ana teringat bicara santai dr seorang sahibah dlu,

"enti tahu, Allah sengaja beri kita susah sebelum kita dihadiahkan kesenangan. dan senang itu tidak la mudah dhadirkn untuk kita....namun asalkan hati IKHLAS meraikan kesusahan itu, hatta insyaALLAH, Dia melimpahkan senang berganda hinnga tak terminta lg..."
allahu'alam...

dan sahih, langkah akhawat ini pada tika ni, waimah biarpun tika jemari lincah mengetuk2 pemuka, sedang ditarbiyah akan apa yg dikatakan susah itu...hati ana kerdil mengaku susah, namun ya Allah, jangan biarkan hati ini terus dibunuh dengan keluhan yg berpanjangan...Hamba tidak sskali sengaja untuk menzahirkan keluhan, subhanallah...Ampuni muslimat kecil ini ya Allah...DOA INI ya Ilahi, aku mohon bersama bingkisan sisa2 keikhlasan.
justeru, pada mawar-mawar inilah tempat hati ini mencari penawar ykni kata2 yg sarat penuh kasih, tadahan doa lagi sarat dengan kesolehan mereka sebagai wadah untuk kekuatan penerus langkah kaki ini demi beraksi di medan...Ya ALLAH, kurniaan yang hebat sekali, ternyata hati ini sarat bermadah mengumpul ribuan sifat mahmudah untuk aku panjatkan rasa syukur ini..

apakah ujiannya yang ana tabalkan susah itu???

iya, biarlah rahasia...perkongsian ini semoga lbh manis biarpn menerima pahit pd mulanya...

untuk pembaca, tujuan ana hanya ign memperhabatkan jalinan ukhuwah bilamana tautan hati2 penghuni taman Fillah bersatu.. tujuan akan asbab tinta pena ini, adalah kerana terbit dr bisikan DOA yg memerintahkan jemari ini meluahkan bahagia di hlaman warkah bernama BLOG.semoga yang membacanya, bisa memahami lantas terpalit biarpun sdkit di hati kalian...
kerana hati yang membaca itu, adalah dtgnya dr penghuni taman2 ISLAM.KERANA CINTALAH, mata kalian sudi melirik dr muqaddimah hinnga kepada konkusi..



untuk diri ini yang masih merasai 'susah' itu, smg beriman dengan pujukan dr fimannya;
"dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir "_(yusuf:87) ,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"
_(al baqarah:286)

"janganlah kamu bersikap lemah & jgn la pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg plg tggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman"_(al imran:139)

Sekian warkah pena penulis.....
Srikandi ZAINAB JAHSY.

Jumaat, 12 Jun 2009

CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT...


Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi jika kau tidak temui,
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Tetapi jika kau tidak temui,
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui jua…
Maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

- Imam Al-Ghazali r.h.
Dalam diari seorang pejuang,
Tiada ketentuan yang menyedihkan,
Masalah yang merumitkan,
Ujian yang melemahkan,
Bala yang menyusahkan…
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.
Mereka tepu dengan masalah dan ujian.
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
Lambang kekerdilan kudrat hamba
Berdepan dengan belaian sang Pencipta
Sebagai tanda ingatanNya....

¬_assalamualaikum to all bloggers…
Akhirnya tinta pena dr pencinta serikandi zainab jahsy kembali ke laman maya ini..memahami ertinya diri demi mencari mukminah.muslimah,muslihah serta na’ilah. Sambil jemari tidak lupa dari tarian meski tidak berdetak detuk mghasilkan natijah mcpta madah di halaman maya….semoga hadirnya madah yang lebih bisa segar hingga mnitisnya embun2 damai di ruangan iman dari panahan mata yg menatapnya…..

CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT…..imbuhan segar yang menyentak emosi. Menegur perilaku iman yang kian bergolak, mengimbangi dari alpa nafsu…mencari islah dengan pimpinan taqwa…menikmati izzah dengan panduan solehah.
INSYAALLAH….

Selasa, 31 Mac 2009

PURDAH..ADAKAH UNIFORM PENGGANAS?

Assalamu’alaikum sahabah...
Khabarkan dirimu??
Khabarkan imanmu???
Syukrillah wa alhamdalah, ternyata nafas ana masih menderu atas izin Allah buat diri ini melafazkan bait atau tinta da’wah melalui pena di halaman warkah blog.....
Entah kenapa, kalam iman ana merasa terpanggil untuk mangajak antum semua berdiskusi bersama, berkaitan isu yang ana nak bawa....iaitu NIQAB a.k.a. PURDAH!!!!!!!!
Baru2 ni, ana dan sahabah terpanggil buat menghadiri satu aturcara tarbiyah di tengah halaman metropolitan, ibu kota. Kami yang berpurdah ini lazimnya sebilangan yang agak majoriti berbnding sahabah yg len. Tak lupa, sebelum melgkah, mak di kedah sempat ana call. Bukan apa, nak doa si ibu, mg anak gadisnya thabat dalam menerima salam mehnah.
Sejurus melangkah ke dataran jihad, tiba2.......
“eh, persatuan niqab ke ni??”
SUBHANALLAH!!!! Tersentak emosi muslimat ni.dek krn iman duk pujuk hati, mujur ana ‘batalkan’ hasrat nak su’suzhon.... Hish, tp ana lagi terkilan, ‘pengumpat2’ ni bukan orang lain, tapi insan2 yang fasih dan ‘alim dgn tarbiyah...syabab plak tu.aduh lg emosi kala usikan berselingan cetusan ketawa kecil....sabar2 HUSNUSZHON!!!
‘Ya ALLAH, moga HidayahMU bisa lebih hebat bergetar mengetuk sifat2 mazmumah. Buanglah karat noda mazmumah itu di kalam iman mereka yang meragut kesucian mahmudah, kerana kesucian itu masih dipunyai mereka...Ameen........!!!!’
La Ba’sa, sekarang ana bukanla nak perhebatkan dgn emosi yg mengusik nurani tapi apa yang sebenarnya ana nak bawa halaqah di sini ialah PROPAGANDA BARAT melalui resapan pemikiran, apa lagi pada orang Malaysia yg sememangnya mudah sgt terpengaruh.
Buat pengetahuan sahabah2, budaya barat ini seolah2 ‘emosional’ apabila terlihatkan muslimat2 yang pakai purdah. Ekoran dari pelbagai prasangka mereka berkaitan ISLAM, hatta mereka tidak terkecuali melihat isu pemakaian purdah ini sebagai satu ancaman...( ketawa kecil ana tika duk menaip ni)....
Dahla Dunia Islam ni boleh ana ibaratkan ‘baru sembuh dari luka’ ekoran dari kejadian2 yang mengaitkan Islam dengan keganasan setahun dua tiga tahun yang lepas.TUP2, isu niqab plak turut depa sesuka hati amik sebagai cakna dan sanggup dibawa menjadi bahan ‘ketakutan’ meraka pada ISLAM...
Apa lg, pelbagai andaian dan spekulasi bagi memberikan gambaran buruk tentang pemakaian purdah, timbullah sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penganut agama Islam di dunia.
Dan sebenarnya rasa tak puas hati itu bermula ekoran cadangan bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan komunikasi dan bersikap lebih terbuka, mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.

Straw yang menggunakan ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, menyatakan ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah.

Jika dilihat dengan teliti maksud ‘ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah’ ia juga boleh merujuk kepada seseorang yang membuat panggilan telefon kepada seseorang individu lain, yang sudah pasti juga tidak dapat melihat wajah individu yang satu lagi.

Tapi pelik, Straw tak pula membuat ‘kajian’ terhadap isu tersebut.

Seharusnya mereka (Barat) tidak perlu membangkitkan isu berkenaan kerana dunia Islam tidak pernah mempertikaikan cara pemakaian Barat, sedangkan ia amat jelas dan nyata mendiskriminasi kaum wanita.(subhanallah, emosi pula..........)
Tapi yang pastinya kini,suka untuk ana nyatakan Barat seolah-olah takut dengan bayang-bayang pengganas ciptaan mereka sendiri dengan menyatakan kononnya, mereka yang berpurdah menyembunyikan sesuatu di sebalik kain tersebut.

Adakah mereka akan berpuas hati sekiranya kehendak mereka dituruti?

Jawapannya tentulah tidak.

Kemungkinan selepas itu, isu lain pula akan dibangkitkan. (barat oh barat.....)

Kesimpulan yang boleh dibuat tentang kenyataan Straw itu, adalah Barat sudah kekeringan idea untuk menuding jari dengan mengaitkan bahawa pemakaian purdah itu adalah ‘uniform pengganas’.

Kebiadapan Barat terserlah apabila sanggup memaparkan gambar wanita dengan mulut mereka diletakkan pelekat pada muka depan akhbar The Guardian dan The Daily Telegraph.

Kemuncak kepada kebiadapan tersebut adalah apabila seorang guru dipaksa meletakkan jawatan kerana tidak mahu membuka purdah ketika mengajar.

Ia ekoran, anak-anak murid guru tersebut mendakwa, pengajaran bahasa Inggeris guru itu susah difahami kerana mereka tidak dapat melihat pergerakan bibir guru tersebut, Aishah Azmi.

Guru Besar Sekolah Rendah Gereja England Headfield di Dewsbury, West York bersetuju bahawa Aishah, 24, boleh memakai purdah semasa di kawasan sekolah tetapi bukan semasa mengajar.

Bagaimanapun Aishah dilaporkan enggan membuka purdahnya semasa mengajar dan menyatakan ia sebagai budaya, menyebabkan dia digantung.

Majlis Muslim Britain pula memberitahu, wanita Islam tidak perlu memakai purdah di depan kanak-kanak.

Aishah dilaporkan membuat aduan mengenai Majlis Kirklees kepada tribunal pekerjaan yang dijangka membuat keputusan dalam tempoh dua minggu lagi.

Sementara itu, Aishah Azmi memberitahu BBC Radio bahawa murid-muridnya tidak pernah mengadu dan berkata perkara itu tidak pernah menjadi isu.

Ini kerana kebanyakan murid-muridnya adalah Islam dan telah biasa dengan pemakaian purdah oleh ibu mereka.
Maka, siapakah sebenarnya memutar-belitkan fakta tentang pemakaian purdah tersebut?

Jangan hanya disebabkan sehelai kain yang menutupi muka itu, dijadikan alasan untuk Barat mengaitkan keganasan dengan Islam.

Seharusnya mereka menjadikan iktibar tentang apa yang telah terjadi ekoran beberapa kontroversi yang timbul apabila menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sememangnya isu pemakaian tudung dipandang serius oleh negara-negara Barat. Di Perancis misalnya pemakaian simbol agama yang keterlaluan atau secara terang-terangan amat dilarang.

Penguatkuasaan larangan itu lebih kepada pemakaian tudung justeru pelajar yang memilih untuk memakai tudung sehingga menutup telinga, rambut dan leher dianggap provokatif dan kerajaan negara itu percaya mengenai keperluan mengharamkannya.

Dan segala-galanya telah jelas dalam undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Perancis pada Februari 2004 yang menguatkuasakan larangan pemakaian simbol agama paling ketara adalah tudung di kalangan para pelajar di sekolah awam.

Sehingga hari ini, dianggarkan 120 pelajar perempuan di sekolah awam melanggar undang-undang yang menimbulkan kontroversi bukan sahaja di Perancis malah di kalangan negara Islam.

Banyak pihak berpendapat undang-undang melarang pemakaian simbol agama itu bertujuan untuk menyerlahkan kedudukan Perancis sebagai sebuah negara sekular di sebalik lima juta umat Islam yang menjadi rakyat negara berkenaan.

Pelbagai pihak berpendapat bahawa isu larangan pemakaian simbol agama lebih mengenai keprihatinan kerajaan Perancis terhadap kadar populasi umat Islam di negara itu yang semakin bertambah.

Kehidupan rakyat Perancis yang sarat dengan tradisi sekular sejak zaman revolusi itu kini sedang dalam proses diterjemahkan dalam bentuk undang-undang berikutan kebimbangan negara berkenaan terdedah kepada ancaman kerana dikatakan bertoleransi kepada agama.

Kadang-kadang dirasakan hairan mengapakah tradisi sekular harus menyekat kebebasan berpakaian pelajar-pelajar beragama. Sememangnya sekular bermaksud memisahkan agama daripada kehidupan nasional.

Tetapi sentimen antiagama yang dikatakan sebagai antisekularisme adalah bercanggah dengan semangat demokrasi itu sendiri. Sekularisme yang toleran adalah seperti India yang memisahkan agama dengan politik tetapi memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk hidup beragama.
KESIMPULANNYA di sini, ana sendiri gerun memikirkan adakah propaganda barat berkaitan ISU PURDAH ini turut menjadi 1 sentimen segelintir masyarakat kita pula??? Ana kembali semula terhadap apa yang ana coret di pemulaan tinta pena mula2 tadi berkenaan isu syabab2 yang mencuit emosi kami gadis2 niqab ni. Khuatir ana, tidak mustahil si syabab2 ni turut ‘ter’resap akan wacana dari pandangan barat ni.....namun seperti ikhlasnya ana mengatakan ‘alimnya mereka dalam memahami tarbiyah, moga2 biarlah ia sekadar satu usikan nakal yg datang dari fitrah insaniah makhluk bernama lelaki...(at least, tau jgk mereka ni pun manusia biasa........)setidak2nya, mereka ini tidakla pula mengangguk2 tanda setuju akan berita2 yang dicoret pengecut2 barat....
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB.......
SEMOGA DUNIA ISLAM KAN TERUS WANGI DENGAN KEBENARAN DEMI MELAWAN MUSUH2 KAFIR...
Tinta pena ZAINAB JAHSY =)

Ahad, 22 Mac 2009

DA'WAH TARBIYAH!!!!!! cintaku milikmu =)




SUBHANALLAH !!!!!!!



ALLAHUAKBAR!!



Peningnya kepala ana, terasa nak jer tubuh ni bermanja dgn bantal, bersisir selimut yang gebu dan bertaut jasad dgn tilam empuk...ADUHAI!!! ‘pack’nyer jadual.......... !!!!!
Dgn,
Dakwah tarbiyah+dakwah ‘ilmiah, urusan anak2 little caliphs, asignment UTM +PKPIM, aduhh dgn consultant yang diamanahkan....halaqoh dan slot2 acara murobbi.....lagi, pantau BIDYAH yg ter’gagap’ lg( cian safiya), DAN karangkraf kelab penulisan DO’IN DA’WA (terbaru)...



ALAMAK!!! Class Arab lg..



Huhuhuhu..... SEM AKHIR PLAK TUE!!!!!!!!!



MasyaALLAH!! Persiapan khutbah ....(cmner ley tluper ni...????)




_mf wahai pembaca semua, asif sebetulnya ana perlukan “teman pegun” mcm skrin depan ana ni utk berkongsi sejuta rasa yg menziarah... Ntahler, khuatir nti KUALITI jiwa jd lemah lntrn himpunan 1001 amnh yg tak tertunai....MEH KONGSI SEKALI YA...?
tp alhamdalah, terasa kepala ni ‘terketuk’ pl dgn hikmahnya nasihat dr shabiah2 tercinta..persis lembut n memujuk bait bicaranya mengajak jasad n iman terus berdansa ligat di taman Islam, dataran tarbiyah........
WAHAI SAHABAH SEMUA!!! Ana pasti antum jg bisa bergetir mencambah semangat mujahadah demi tidak tertewas dek nafsu....erk!!! maksud ana nafsu letih, nafsu tidur, dan segala mcm nafsu( ada ker?)



Bismillah, apa yang sebenarnya nak ana khabarkan pd antum adalah tanggugjawab kita...amanah kita....tugasan kita... iaitu yg bawak panji bernama DA’IE/AH. Pasti benar antum jg stuju andai ana mengatakan bahwa kekalutan ana, adlah kekalutan antum, sibuknya ana, sibuknya jua antum....ini kerana hakikat yg menyedarkan ana bahawa kita adlh insan yang ada ‘kesedaran agama’, bilamana kitalah yg diseru DA’IE/AH...dlm diari seorang DA’IE/AH, kesibukanlah yang memenuhi segenap ruang di atas lembaran diari itu yang sokmo di kelek sana/i...



Antum setuju ???( asif kalo x ya, betulkan pndapat ana)
Justeru kenapa ?? LIMADZA???
Kerana, RESAH+KELUHAN... hmm apa tu??
Na’am, resah+ keluhan inilah yang menjadi jwpn ana mgpa persoalan sbgni menjadi topik pilihan sambil ana mengambil DIRI SENDIRI sebagai contoh.. jujur. kekadang bukan shj ana mengeluh, tp batin dah byk kali menjerit sebab letih la, penat, tak terdaya, malah membawa kepada putus asa,NA’UZUBILLAH!!... YA, inilah jwpn jujur dr ana....x prcaya????terpulang...
Dan ana jd takut andai kita sokmo lazimi sifat ini, sedangkan dakwah setia berselit dlm waktu sehari2an...dan mungkin tidak keterlaluan andai dah memang pun sebati sifat itu melekat dgn kita...
SETUJU KAN...?



WAHAI SAHABAH SEFIKRAH, izinkanlah ayat-ayat ini menjadi sebahagian dr ayat2 cinta yg hanyalah sbg madah menjadi 1 wadah pencetus semangat n emosi.... kasih ana tawadu’ bt shabat semua, kita tidak ingin KEKADANG keluhn itu menjadi satu ‘roadblock’ menuju destinasi syurga abadi... kerana natijahnya tidak berbenih KEIKHLASAN....
(Eh, tau ker aku tidak ikhlas???) ya,andai ikhlas mgapa terbit keluhan?mgp sisi wajahnya hanya bisa memaparkan lakaran kekecewaan kpd ALLAH?? Nah, inilah jwpn ana, krn tidak mustahil soaln ini jg akn ditanya ana sndiri... ok ckup...yg lain2 bleh fkir sndri..
Secubit masa ni, ana hanya igin melengkapi konsep memberi dan menerima....kalo ustz Hasrizal Jamil dgn motonya ‘erti hidup pd memberi’, maka hayatilah ertinya jua MENERIMA stelah apa yg ana nak MEMBERI..
Buat sahabah2 yg berjuang, kecewa dan putus asa adlh permainan dalam game dakwah.. andai jiwa sentiasa di bawa halaqoh, maka yang kuat itu adlh mawaddah n rahmah dr ALLAH sbg natijahnya.
Ayuh FASTABIQUL KHOIRAT!!!!!!!!!!( berlumba2 utk kebaikan)



Sahabah, ini kerja Rasul.Kerja Rasul tntu skli sgt berat. Bila Rasul dah tiada, saper lg nk warisinya selain kita?? Ya, kita manusia mmg x mpu,mlh x layak menaggung risalah ini tp mhukah kita tertipu dgn alasan ni?



Antum semua, TAWADHU’ adlh sfat terpuji. Perasaan x mpu dan x layak mmg plu ada dlm dri tp apbl ia terlalu mguasai dri, maka itu bukan tawadhu’ lg namanya sebaliknya alasan ciptaan syaitan supaya tinggalkn kerja mulia ni.....
Kelemahan kan plu dprbaiki....manusia ni mustahil ma’sum kan? Itu sifat yang hanya LAYAK bg Rasul...ana jd teringat pd 1 watak yang bbcra berbunyi,
“SEMUA YG ALLAH BG ADLH KEBAIKAN BELAKA SAMADA REWARD ATAUPN PUNISHMENT. REWARD U DISYUKURI, PUNISHMENT UTK KITA PERBAIKI DIRI.semua ini adlh pluang pahala utk hadapi dgn tabah...” Justeru, tidak dpt tidak adlh dgn mematuhi prntah-NYA dan menjauhi lrngan-NYA. Allah suh kita pikul amnh DA’IE ni, dan melarang dr bptus asa dgn rahmatNYA......



‘jika sseorg mdpt Hidayah drpd ALLAH lntrn kamu, maka ianya lbh baik bgmu drpd apa yg disinari matahari’_hdis rwyt al-Tabrani...(hdis ksukaan ana..hehe)

ALLAHU’ALAM BIS SAWAB....
AKHIRUL KALAM, yg baik itu hnya dr ALLAH, salah silap hanyalah dr ana insan hina lg dina....msej ini ana amatttt mghrpkan agar dibaca dan ditatapi dgn husnuszhon. Andai keluhan ana bisa lembut dipujuk sahabat, maka ingin skli ana ‘hiburkan’ dgn pujukn pd antum agr kita sentiasa thabat n murunah demi fi sabilillah.

“ALLAH memelihara jalannya dgn memilih satu golongan untuk benar-benar taat kepada perintah-Nya.Demikian dalam setiap generasi. Mereka ialah insan2 yg menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Islam pasti berjalan dengan kesyumulannya. Kalaupun tidak mentadbir dunia pd zaman fitnah seperti sekarang ini, sekurang2nya Islam dapat mentadbir diri kita secara syumul terlebih dlu. “ betul x??



JALAN DAKWAH TARBIYAH INILAH PENJANA BEKALAN IMAN...!!!



( doakn ana istiqomah dgn pena buat blog sendiri, dek ksibukan, jarang jemari ini lincah menyemarakkan bait2 da’wah )



PENA TINTA_ZAINAB JAHSY =)

Rabu, 4 Mac 2009

pengemis CINTA ILAHI =)


Mukaddimah Bicara =)
Assalamualaikum siswa/i skalian..khabarkan imanmu..??khabarkan hatimu...??mg baik2 ditemani kalam bt mau'idzah diri...Tidak ana nafikan,kesibukan membataskan lgkah mujahidah ini buat menarikan jemarinya menjengah laman blog sendiri bt perkongsian yang di nanti2...justeru, syukrillah kala diberi peluang menghadap laman internet, pantas shj minda n iman berdialog di alam media ini.tahu x..?sana/i kala ana melarikan lgkh,acapkali pndengaran di sapa berkaitan cinta...
huh, cinta lg...x sudah2.....sabar dlu,jagn cpt malatah... (sory, tp inilah yang shbt2 punyai 'kesedaran agama' cpt bosan dgr,kononnya nak jaga hati,jaga iman....pendek kata dah muak sokmo diberitakan isu cinta2 ni...)_kajian selidik di klgn da'e/ah oleh lujnah pkpim biro penyelidikan dan pembangunan....

bukanla hobi ana pun tika di ajak berbicara soal CINTA, tp ingin sekali ana menjadi ‘ALIM kala berdialog menyampaikan lembaran da’wah terutamanya pada kengkawan yang sodap bonar @ pendeknya mabuk khayal dek ‘cinta sejati’ (cehh)…..
sedih pl rasanya bila nengok budak2 ni ‘jahil’ dlm membedakan

CINTA SEJATI @ CINTA MONYET @ CINTA IBLIS..!!!!

Walhal, dah maklum, tp pura2 tak tahu…
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB….......

Justeru, pd pengikut blog ana(cehh), tatapilah seni tarian jemari pencinta tarbiyah ini dalam menukilkan naskhah ERTI CINTA dlm konteks yg sebenarnya…
FAHAMILAH wahai semua shbt sefikrah, alunkanla syair @madah bg segala jenis cinta u menjadi salah satu dari agenda murobbi untuk berdakwah .


Islam adalah cara hidup

Semua setuju islam adalah cara hidup, islam adalah syumul (merangkumi semua aspek dalam hidup) , maka sudah tentunya islam ada definition sendiri tentang cinta dan sebagai agama fitrah islam tentunya tidak memandulkan rasa fitrah cinta ini.Cinta yang dibincangkan kali ini adalah cinta sesama manusia(saje remind lagi sekali :D).Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nak menikah kerana kecantikan pun tak mengapa, kekayaan ke, kekdudukan etc, cuma Rasulullah menasihat, yg lebih baik adalah dinikahi atas faktor agamanya.Ada hadis lain berkenaan bercinta, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya yang berjudul Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu), hadis yang dimaksudkan adalah :
"Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan

(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)
Imam Ibnu Qayyim menulis lagi bahawa : Para ilmuan dan dokter serta kalangan lainnya telah sepakat bahwa kesembuhan sakit cinta adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan.

_(Antum Leh rujuk kitab tersebut versi indonesia m/s : 175)

Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)
Orang yang merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yg dah kahwin, setuju? lelaki yang yakin dengan pilihan calon yang dibuat barulah berani untuk ke fasa pernikahan,kan?Tapi, bagi lelaki yang cuma pandai melafaz cinta, dan cuma tau ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak punya perancangan untuk fasa pernikahan, iyerker itu yang dikatakan mencintai si gadis itu?Atau lafaz cinta cuma dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra dari seorang gadis?Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?
Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?
Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan. Dalam kajian di atas disebut biasanya jatuh cinta terjadi bagi dua orang yang dah menegenali buat beberapa ketika, dah berkawan untuk beberapa bulan mungkin, maka kat sini masihkah relevan alasan nak berdating adalah untuk nak lebih mengenali pilihan hati lantaran jatuh cinta adalah kepada orang yang kita sudah sedia maklum kenal =)
Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple, jika betul jatuh cinta, maka pergi jumpa mak ayah si perempuan bagitahu kemudian persiapkan diri untuk pernikahan =).
Sepanjang sebelum pernikahan, simpan semua kehendak nak buat seperti mana dipertonton oleh filem2 barat, simpan untuk buat semua tu selepas proses pernikahan =).

Konklusi =)
Adakah tak patut untuk jatuh cinta sebelum kahwin?Jika bercinta itu difaham sebagai bercouple, maka ya memang tak boleh bercouple sebelum perkahwinan.Jatuh cinta datang sendiri tanpa dipinta kerana itulah lumrah fitrah.Sama-sama kita kekalkan cinta itu sebagai fitrah dan jangan tukarkan ia menjadi fitnah =).

_NUKILAN SRIKANDI ZAINAB JAHSY..




Khamis, 5 Februari 2009

Menginstall IMAN akibat Virus MERAH JAMBU

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang mengacaukan program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang gimana? Virus yang senantiasa bikin hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti vi rus itu virus merah jambu.

MAU TAU APA ITU VIRUS MERAH JAMBU ?????

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kasus yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak ditemukan pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para ABG yang nggak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survei juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun karena jarang membuka file C:\Iman\CintaIlahi.Exe atau file C:\Iman\Rajinibadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung turun, dan virus merah jambu menyebar ke seluruh komputer hati mereka.
Nah lho, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaithon yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih ridlo-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan tampilan syaithon tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat hang pusat sistem otak syaraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Menomorsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomorduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Gimana caranya? Yang musti kamu lakukan pertama kali, yaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya saja cintadunia.exe. Lalu masukan disket anti virus yang berisi file syakshiyah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu bisa pergi ke kajian-kajian yang nawarin jasa installer iman. Atau kamu bisa beli disket installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita senantiasa jernih dan OK’s banget…

Sabtu, 24 Januari 2009

Diari_ Pena Sang MUJAHIDAH


Salamun ‘alaik ya ihkwan wa akhwat? Ana jayyid jiddan,syukrillah ana bilkhair alhamdulillah...

Wa ana alhamdalah tika diberi peluang dan kelansungan masa meskipun masa diri ini kian di ‘salami’ tarbiyah yang xda henti menjengah pawagam iman.Alhamdalah, Tuhan Maha Mulia, tidak sekalipn Dia bisa membiarkan hamba2NYA melayan panggilan ‘lagho’ yang menggemari insan2 yang beriman.

Seperti kelaziman yang ana terus lazimi dengan istiqomah, hari ini trus shj ku panjatkan kesyukuran dan masyghul ku berzikir pada al Haq. perjuangan perlu ku truskan. Semangat dan azam dari kalam iman buat hari2 mendtg serasa menguatkan tinta langkah seorang mujahidah di medan kota ilmu mahupun medan tarbiyah.

Seraya ana jadi teringat pada judulnya buku yang berbunyi, La Tahzan a.k.a. JANGAN BERSEDIH. Motivasi dari sang pena( Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni) penuh warna warni ibarat warna pelangi yang menyirna hati2 mujahid wa mujahidah.. “SEMANGAT DAN AZAM UNTUK HIDUP HARI INI TANPA KESEDIHAN, TANPA KERESAHAN, TANPA KEMARAHAN, TANPA KEDENGKIAN DAN TANPA KEBENCIAN”

Moga diri berjaya dengan janji ALLAH, yakni trus myuburkn husnuzzhon di klangan sahabiah mahupun sahabat fillah yang lain.

Tidak lupa ingatan ini trus shj tertancap pd mad’u2 yg takda perinya ku cintai.

UMMU SAKINAH_mawarku yg luar biasa durinya dlm juangannya bermujahadah.

KHADIJAH_mawarku yg riang mewarnai halaqoh dek kecerdasan mindanya.

FATIHAH_jua mawarku yg bisa memandu halaqoh dek bahagia ketawanya yang lagi

mengindahkan permandangan mata.

AFIFI_mawarku yang lagi mengasyikkan dek penjagaan duri mawarnya agar xmudah

didekati.apa lg kepekaannya kembalikn takjubku pd ciptaan ALLAH.

IRMA FATIN_persis mawar yang mendambakan perhatian dari kasihnya,kecintaannya

pd fillah adalah yg tawadu’ penh ku tonton.

FARHANAH_dan mawarku yg bisa mengetuai deretan mawar2 yg lain.kelihatan mudah

di petik,namun awas,durinya ibarat punya racun demi peribadi yang

terhiasi indah.

Dan mad’u2ku dr serata pelusuk bumi ALLAH. Untuk kalian, doaku trus menemani malam2 kita menangis merindui keizzahan beribadat di sepertiga malam.Antum adik2ku,anak2ku………antum,

-luqman hakim -ainul sarihin

-saiful ghafar -fara waheda

-sufian -lisa

-hakimi -ummu sa’adah

-syafiq ismad -ismi islamiah

Dan,

Kerinduan begitu terasa sekali sehinggakan bukanla setitik dua air mata bisa aliri di wajah dek terlalu merindui malam2 ku bermadah bersama Pencinta. Malam2 yang trus ku selimuti jasad dengan hembusan bayu sejuk mendingin kerana merindui keizzahan ‘ibadat di sepertiga malam. Bagaimanakah ini ? Aku tidak lnsg layak menapak langkah kaki ini menuju pintu syurgaMU, tp tidakla jua ku sanggup ke nerakaMU.

Duhai sahabiahku fillah yang, andai matamu melata liar menjamah pena ini, xda hadiah harus ku bayar ats kesudian antum bersama dalam perjuangan kala kta bersama beraksi di medan.Andai jua ku punyai emas dan harta seisi dunia, xkan juga ku mampu lunasi permata yang bernama halawatul ukhuwah yang antum berikan pada ana. Doaku, hanya al Hakam(pengadil) yang bisa membayar antum di syurga kelak. Semoga kita bisa riang melagukan melodi zikrullah di atas sejadah cinta mendoakan kebahagiaan bersama.

Akhir kalam, madah dari tawadu’ iman buat kita sama2 khayal dalam kemabukan bermunajat pd ALLAH..

KU BERSIMPUH DALAM TAUTAN AQIDAH BERSAM AKHWAT2 TERCINTA DALAM KESYAHDUAN HALAQOH.JASAD TERASA BAHAGIA KALA DIRI MERELAKAN IMAN DIBADAI DAN DILIMPAHI MESRA FILLAH LANSUNG DARI PEMBERIAN ALLAH.

DAN LENGKAP TERASA DI NURANI DEK KERANA TELUS DAN TAWADU’ DOA DARI IHKWAN YANG DIKASIHI. SUNGGUH, NURANI INI BENAR MERINDUI TIUPAN BICARA MUZAKARAH LANTARAN MUQABALAH KEDUA PENCINTA ALLAH INI.

MUQABALAH YANG MENCIPTA SUASANA LIQA’ HALAQOH KERANA TUNTUTAN PERMINTAAN-NYA. APABILA ALLAH MENGKEHENDAKI, HATTA IA TERJADI_MASYAALLAH.

AKU JATUH CINTA KERANA JATUH CINTA PADA ALLAH. ITU YANG DIKEHANDAKI-NYA.

AMIN.............”

Wasalamun ‘alaik....

Salam el Jahsy

Du’a for world peace of palestine...

Sabtu, 10 Januari 2009

Ana MUSLIM_zainab jahsy

Salam 'alaik...
ana syukran kerana antara dlm lamunan, syukrillah kerana ana masih bisa bernafas kala usai syahid di pembaringan...

tika mata terpejam celik,trus ana hanya memikirkan 'abawaihi'(ibu bapa) tercinta nun jauh utara kedah, Darul Aman.

"masyaALLAH,apakah benar aj jihad aku di medan campus buat mereka?"


Tuhanku, Ya ALLAH, tuntunlah kalam iman ku ke arah musafir yang trus ke pintu istiqomah. Harus ku punyai kesihatan jasad mahupun iman buat penerus jihad ku di medan kota ilmu yang menerima akhwat ini agar bisa ku bertalaqi di dataran Universiti Teknologi Malaysia international campus.

'Alai hitawakkal tu 'alallah.


Buat sahabiah, ana syukran jiddan kerana mata antum masih bisa melata liar menjamah pena al jahsy ini.

Lansung, trus sahaja ana ingin membawa kalian menyusuri arus tarbiyah buat kita lengkapi konsep memberi dan menerima.

Tanggal 3/01/09_telah banyak kasih ALLAH memenuhi setiap ruangan kalam mujahidah ini kerana kembaraku kali ini menbawa ana riang bersama mujahid wa mujahidah kecil yang bisa berjuangan di 'syurga' bernama RUMAH SOLAHAH.

masyaALLAH, perit dan sebak menyempit di dada ana kala langkah kaki ini masuk ke pondok mereka ini, lantaran mata ini tertancap pd kanak2 comel yang menghampiri menyalami santun tanda 'ahlan wasahlan' pd kedatangan usroh kami.

ternyata, kedatangan ana bersama sahabiah tercinta telah mengenali lebih ertinya keinsafan kala memikirkan tarbiyah Allah buat mereka yang masih kecil dan amat merindui belaian kasih dari ummi waled.


Agenda dan perancangan meskipun baru pertama kali kami membawa diri sebagai tetamu cukup direstui ALLAH.


Barangkali, pasti pembaca(antum) berfikir pada hematmu, apakah gerangannya penghuni yang berlari riang menyebut2 nama ALLAH di pondok usang ini.

Tafaddhal, terus shj penghuni2nya adalah mereka yang kurang kedaifan pd jasad yang trus hingga saat ini melawan musuh yang bernama AIDS.

Na'an ya antum, mrk ini meskipun masih punyai pemikiran yang naif, jahil perihal AIDS, namun kecerdikan,kecerdasan mereka cukup luar biasa.

takjub ana pd ALLAH.


AKHIR KALAM,meskipun banyak cerita ingin ana coretkan, namun harus ku akur pd amanah buat maruah mereka yang tak bisa diperhebatkan dengan tontonan semata2.

mg ALLAH trus merahmati insan2 kerdil ini dengan ganjaran dari salah satu dari syurgaNYA buat mereka...


AMEEN..........