BISMILLAH....
Khamis, 21 April 2011
PINANGLAH DAKU KERANA DA'WAH...
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?
Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.
Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.
Melamar secara direct
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu.
Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus.
Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah.
Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.
Sabtu, 26 Mac 2011
Selasa, 1 Mac 2011
KEM MEMBINA LEGASI...


SALAM'ALAIKI,
berikut merupakan aturcara program yang dirancang khas buat adik2 sekolah pada cuti sekolah yg bakal berlansung ini..
percayalah, program ini dinamakan Membina Legasi kerana bakal mengajak dan mengajar adik2 dan anak2 tuan/puan bijak dalam merencana hari2 persekolahn hinggalah dewasa nanti.
matlamat kami, agar kefahaman adik2 dan anak2 tuan/puan menterjermahkan kehidupan mereka selaku 'abid atau khalifah Allah.
Modul2 yg digunakan merupakan kajian dari ustaz Fazrul Ismail yg juga merupakan master trainer bg program ini..
serta dibantu oleh instruktor/fasi yang berpengalaman termasuk lulusan graduan dari luar negara.
insyaAllah, sama2 dgn kerjasama tuan puan untuk mengisi waktu anak2 kalian pada waktu cuti sekolah ini dgn program yg bermanfaat dan bermakna..
waimah, sekecil2 umur begini udah mampu menafsir makna kehidupan, hatta ayuhla bersama2 kami di dalam program KEM MEMBINA LEGASI..
maklumat program adalah seperti dalam brosher berikut, berserta yuran, tempat yang menarik dan lain2 lagi...
ilmu Allah, sama2 kita jejaki...
insyaAllah 'ala kulli haal.
bg yang berminat, sila hubungi cik nurul najwa pd talian 019 - 4252590 (project manager)
email : nurulnajwa88@gmail.com.
manakala, tuan/puan boleh melayari web, total-success.net bg melihat profil syarikat berserta profil master trainer sendiri..
Selasa, 15 Februari 2011
SANAH HELWAH YA RASUL... (^'_'^)
bibir kesemuanya meraikn hari maulidur rasul, syukrillah lapang dada krn 'valentine day' tiada diingati di antara kami....
'valentine day' kami imarahkn dgn hari kasih sayang yg selayaknya, ykni pd Baginda s.a.w. hati menangisi sebak, krn iman msih jauh untk menjejaki akhlk Rasul..
Di hati kami ya Rasul, kaulah segalanya.
mlm halaqah bersama mawar2 ku, sengaja jari ini meyelak lembaran RASMUL BAYAN, meneliti lembaran "kewajiban kita kpda Rasul s.a.w".
nikmat rasanya halaqah mlm itu, krn muncul lg seorang mawar mengisi ruang penuh antara duduk sila kami semua.
bismillah, buka majlis talaqi dgn kalam furqan al-fatihah, majlis ku buka dgn kewajiban kita untuk bersaksi bhwa Muhammad Abdullah adalh nabi dan utusan Allah. ya Allah, persaksian kami ini menuntut komitmen darinya, dan menunggu hari menterjemahknnya.
maka konsekuensinya :
1) haruslah kami MEMBENARKAN apa yg disampaiknnya.
=seor muslim yg mukmin yg baik selalu membenarknnya..seperti Abu Bakar contoh dalam peristiwa yg terakan indah dalam Isra' Mi'raj..kata Abu Bakar ,
"Kalau pun dia mengatakan yg lebih daripada itu, aku tetap mempercayainya.!"
(masyaAllah)
2) MENAATI apa yg diperintahknnya..
= wahai sekalian sahabat, apa yg diperintahkn dr Allah dan RasulNya, marila kerjakan sebatas kmmpuan krn Allah xmmbebani ssorg mlbhi kmmpuannya.
3) MENJAUHI apa yg dilarangnya.
4)TIDAK BERIBADAH kecuali dgn apa yg disyariatknnya.
= ssgguhnya smua peribadatn itu HARAM, kcuali yg sdh ada syariat-Nya....
Maka, semua kewajiban ini, insyaAllah perolehi hasilnya adalah :
Mengimaninya,
Mencintainya,
Mengagungkannya,
Membelanya,
Mencintai mrk yg mencintai,
Mencintai Sunnahnya,
Memperbanyakkn selawat kpdnya,
Mengikuti manhajnya,
Mewarisi risalahnya....
Amin, allahumma amin, demikianlah kalam rasmul bayan yg disampaikn, moga bisa kita fahami dan terjemahkn, dan moga2 Allah redho, bi'iznillah..
perkongsian satu ibadah, yg dikecapi adlh nikmat yg tiada tara.
ya Rasul, ana uhibbuka fillah, sanah helwah ya Muhammad...
contoh terbaik ummat akhir zaman.
Isnin, 7 Februari 2011
Khamis, 3 Februari 2011
KEMELUT MESIR..!!

"allahuakbar, ana takut jg..xpernah rasa debar gini..doakn selamat ya.."
masyaAllah, itu antara yg 'sempat' ana dapat chat dgn salah seorang sahabiah di sana (mesir), biarpun kalut, tp lega setidaknya krn perkhabarannya bersama sahabiah yg lain selamat2 saja..syukrillah..
dan sekarang, internet di sana khabarnya tidak dapat lagi digunakn krn line semuanya 'dibunuh'..aduhai kesian para ibu bapa yg menggila kerisauannya memikirkn kndisi anak2 yg menuntut ilmu d mesir..syukur, krn inisiatif para pelajar akhirnya dapat menubuhkn laman blog mereka dalam usaha untuk menyampaikn perkhabaran, blog mereka dapat diikuti di :
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.

sahabat yg sempat ana berbicara dgnnya pd mukaddimah tinta td, adalah org negeri sembilan...beliau bersama sahabat senegeri tinggal di kediaman mereka yg bernama 'rumah negeri sembilan' (begitu juga dgn shbt2 negeri lain)..khbr dari beliau sendiri telah bikin jantung ini debar2 dalam kerisauan, moga doa ini sampai di sana..
katanya, kawasan berhampiran tempat tinggal mereka, berdekatan penjara. subhanallah, habis lari lintang pukang banduan mengambil kesempatan atas kemelut yg berlaku dimesir..khabrnya hampir beribu2 banduan. ini yg mencetuskn ketakutan mereka yg menjadi kerisauan para ibu bapa di Malaysia..semoga rakyat mahupun para tolibul'ilmi kita selamat di sana, serta segera pulang..ana yakin, ada yg trauma melihatkn situasi yg seakan2 belum menampakkan reda dan tenang.
akhwat wa ikhwah fillah, ayuhla kita kumpulkn doa kita ramai2 agar kemelut mesir di sana kian reda, serta kepulangan rakyat mahupun pelajar2 di sana pulang dgn segera, insyaAllah..moga krisis di sana kian pulih dan berpihak kepada kemenangn yg adil..
'ala kulli haal wafi kulli haal wani'mah.
ALLAHUAKBAR..
Sabtu, 15 Januari 2011
anak2ku DOKTOR.!! (1)
"eleh, hizbur xnk business, xsuke..hizbur mau jd pilot, terbang tinggi.."
jeling hizbur sambil mata tertancap di langit atas.
"eh kak soleh mau jd apa..?" tanya si hizbur.
solehah menyendiri di suatu sudut rumah mereka, dia masih berfikir2, antara kehendak umi dan kehendak diri.
'uh.. penternakan adalah cintaku, aku suka nyanyian si embek dan si moo.jiwaku sebati... namun aku lagi mengasihi umiku. suaranya adalah doa sukses buatku..oh umi, soleh lagi sakit minda memikirnya..' gerutu hati soleh.
empunya, nur soleh, yakni anak kedua pasangan haji ariff saad dan hajjah khaadeeja,sedang sibuk dengan gerutu hatinya sendiri. baru senentar td, dia berbncg dgn uminya perihal pilihan cita2nya..
lembut, namun kehendak umi seakan tegas memilih cita2 buatnya sendiri untuk melakar kesenangan di buminya Allah,ykni sebagai doktor.. sdari dulu, soleh tersangat mencintai dalam bidang penternakan. dirinya terlalu memberontak tegar untuk memilih keputusan dari suara hatinya, ntah mgpa...
'ah, nnti akan ku hubungi kak habib..'pujuk hatinya.. bibirnya senyum dalam kepayahan..
di suatu sudut dalam kamar utama baitil haji ariff, ummu habib sedang termenung. matanya tertancap pada sebingkai gambar penuh makna padanya. di dalamnya, dia dapat melihat senyumn2 indah bahagia deretan permata hidupnya bersama suami..gambar putera puterinya santun bergambar ingin mengabdikan diri dalam potret. bermula habib, soleh, hizbur, úkasyah, talha, ayoubi serta si bongsu balkish..
saat itu juga, dia teringat pada perbualan bersama sahabat akrabnya, ustazah jauziah, tika mereka masing2 masih mekar dalam perkahwinan dulu..jauziah adalah sahabtnya ketika sama2 menuntut di Darul Quran. kini , jauziah juga merupakan ibu kepada 7 org anak serta aktif bda'wah. kekadang, muka sahabatnya itu, dilihat di kaca tv atas undangan forum terbuka. dalam diam, dia mengagumi sahabatnya itu...
"amna khadeeja, hidup ini sudah Allah aturkan yang terbaik buat hamba2nya. harusnya kita persiapkan diri kala berdepan dgn segala ujian, krn deeja, ujian itu datangnya dr izin Allah jua.. ana yakin deeja mampu menangani keletah anak serta kehidupn berkeluarga.
untuk membentuk zuriat/anak2 yang soleh solehah, kita harus membentuk solehah pd diri kita dahulu..jgn lupa dgn ap yg pernah ustazah kita khbrkn dulu tika kita sama2 bljr d DQ...jauziah tertawa kecil, teringat pada usrah tika belajar dulu..hinggakan murabbiah mereka memberi titipan kala menjadi ibu bapa nati....
"adik2 skalian, mudah sbnrnnya untuk melentur anak menjadi soleh solehah..zuriat kita harus terdidik adalah melalui diri kita dahulu..kenalkan anak2 supaya mengenali Tuhan.Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka...." jauziah masih segar lagi mengingati titipan dari murabiahnya dulu...
1.Ibu Bapa berusaha menjadi soleh dan solehah.
2.Menjaga adab pernikahan dan perkahwinan.
3.Menjaga adab ketika mengandung dan kelahiran anak.
4. Beri anak makanan yang halal.
5. Didik anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
6. Carikah guru yg baik dan hebat untuk beri bimbingan pada anak.
7. Doakan anak agar menjadi anak soleh dan solehah
(bersambung......)
Selasa, 16 November 2010
SALAM 'EIDH ADHA..!!
Ahad, 17 Oktober 2010
Menyamuderakan CINTA si PENCINTA...
Malam semakin larut, angin berbisik sayup-sayup terdengar di balik jendela yang sedikit terbuka. Menyelisik hati bersama hawa dingin yang diam-diam mengalir masuk. Dinginnya mampu menggigilkan tubuh perempuan yang mengintip rembulan dari sebalik gorden kamarnya. Ah, rembulan perak pun enggan memurnama. Padahal tinggal seselaput tipis untuk menjadikannya bulat seutuhnya. Laksana dekatnya bilangan hari yang akan menyampaikannya pada purnama agamanya.
Andaikan waktu itu benar-benar bisa dihentikan, ia berharap waktu itu terhenti saat sunyi ini. Menyendiri dalam ruang hampa waktu. Sejenak meninggalkan segala gundah galau yang selama ini membuat hatinya menceracau. Atau jika tidak, tak bisakah hari-hari itu mengurai dalam bilangan detik yang lebih panjang? Agar ia punya kesempatan bernafas lebih lepas. Membuang segala sesak yang telah lama menyeruak.
Malam ini tidak ada airmata yang menetes. Entah kenapa. Padahal ia ingin sekali membuang segala gundah bersama bulir-bulir permata indah itu. Biar jatuh. Biar luluh. Biar tidak selalu menggelayut dalam langit hatinya yang semakin rapuh. Atau mungkin airmata itu telah kering. Dalam bilangan bulan malam-malam yang telah berlalu. Entah berapa purnama yang telah ia lewati dengan isakan di setiap penghujung malamnya. Bukankah sangat wajar, jika airmata itu telah kering tanpa menyisa setitis embunnya?
Seorang perempuan biasa. Ia sedang terluka dalam sebuah episode bernama cinta. Yah, cinta yang tidak mempertemukannya dengan kekasihnya. Cinta yang mengajarinya tentang hakikat ‘menerima’. Cinta yang membuatnya sadar akan dirinya. Bahwa sungguh, hatinya ternyata tidak berada dalam genggamannya. Ia tidak bisa meminta hatinya untuk merasakan apa yang dipikirkan oleh akalnya. Sebanyak apapun doktrin dan pelegalan yang disusupkan oleh akalnya, ternyata begitu saja dimentahkan oleh hatinya.
‘Wahai hati, kenapa engkau tega membuatku terpuruk dalam derita luka ini?’ rintihnya malam ini bersama belaian mesra bayu segara, kering tanpa cinta.
Laksana perempuan lainnya, ia ingin mengabdikan diri dan hatinya seutuhnya untuk suaminya nanti. Tapi bayang-bayang lelaki dari masa lalu itu, selalu saja mengusik tidurnya. Kenapa ia yang selalu harus hadir dalam setiap mimpi dan lamunannya? Setiap kali ia hadir, setiap kali itu pula ia menghalaunya. Menggantinya dengan bayang lelaki yang dalam hitungan hari akan menjadi suaminya. Tapi sepersekian detik saja bayang itupun telah pudar. Wajah itu berganti dengan ia yang tak diingini.
Perempuan itu lelah. Sangat lelah. Hampir putus asa. Merasa dirinya benar-benar tidak berguna. Apakah surga masih diizinkan untuknya? Ia takut kelak akan mengkhianati suaminya. Karena rasa cinta yang tidak mampu ia berikan seutuhnya, separuhnya. Rasa khianat itu mulai menunas di hati dan jiwanya, perih.
Dalam sendu, perempuan itu bermunajat syahdu. Ada getar-getar pilu dalam sunyi kata merdu.
“Ya Rabb,, sungguh Engkau tahu betapa besar cintaku padaMu. Yang dengannya menjadikan aku begitu mencintai kedua ibu bapakku. Aku hanya ingin menjadi anak yang bisa berterimakasih kepada mereka. Dengan caraku. Yang tidak sehebat pengorbanan penghuni gua, yang mendahulukan orang tuanya di atas dirinya, istri, dan anak-anaknya. Tak seindah kisah Uwais Al Qarni yang baktinya kepada ibunya mampu membuat jenazahnya diperebutkan oleh malaikat untuk memandikan, mengafani, dan menguburkannya. Yang membuat doanya tidak akan pernah tertolak oleh RabbNya. Yang membuat namanya tidak terkemuka di bumi namun begitu dikenal di langitNya.
Lalu apakah aku akan lebih mementingkan rasa cintaku kepada manusia yang tidak seharusnya kulabuhkan cintaku kepadanya? Dan mencampakkan baktiku kepada kedua orang tuaku di bawah telapak kaki cinta? Bukankah jika begitu berarti aku juga telah mencampakkan surga yang berada di bawah telapak kakinya?”
Matanya mulai berembun. Tak kuasa ia menahan sesak dadanya, perih luka, dan pedih jiwa.
“Tidak, Ya Rabb.. Aku mencintaiMu.. Dan dengannya aku mencintai Bapak Ibuku.. Dan untuk mendapatkan Ridha keduanya. Ya Rahman, aku rela jika sepanjang usiaku aku harus hidup dalam kesakitan. Jalan inilah yang aku pilih untuk membuktikan besarnya cintaku padaMu. Aku tidak akan menyerahkan diriku untuk menghamba pada cinta yang selain atasMu. Ya Rabbiy Mudahkan.. Kuatkan.. Teguhkan.. Kokohkan.. Hati dan kaki ini untuk meretas cinta di atas jalanMu, sebagaimana para pejuang cinta terdahulu, yang tidak sedikit pun mengubah janjinya hingga datang kepastian itu.”
Membanjir juga air matanya, meleleh bersama dingin malam. Dalam dekapan gulita yang semakin mendekati akhirnya. Kesadaran itu menjalari hatinya. Dan membuka kait-kaitnya yang selama ini tertutup, terkunci atas pemasungan kesadaran yang diatasnamakan cinta. ia tau ia salah, memberi harapan akan sesuatu yang belum pasti dapat ia berikan. Lelaki itu salah, keegoisan cintanya membuatnya merasa benar atas semua tindakannya. Mereka berdualah yang salah. Dan tidak sepantasnya mengambinghitamkan pihak atau hal lain untuk mendapatkan pembenaran. Tidak pula cinta.
Karena cinta itu tidak salah. Tidak pernah salah! Dan tidak akan salah! Perasaan sayangnya itu adalah tetap sebuah anugerah, yang dititipkan Allah agar ia merasainya. Agar hatinya peka dengannya. Agar ia bisa melihat, mendengar, meraba tanpa mata, telinga, dan tangannya. Agar ia bisa melihat, mendengar, dan meraba dengan hatinya, dengan jiwanya.
Ya, cinta mereka tidaklah salah. Tapi ‘ekspektasi memiliki’ yang tanpa sengaja mereka tumbuhkan dan akhirnya mengakar dengan begitu kuatnya itulah yang salah. Bukanlah cinta yang menyebabkan mereka merasai sakit seperti saat ini. Tapi ekspektasi memiliki yang tidak sampai itulah yang dengan sebegitu dahsyatnya telah memporakporandakan hati. Karena bukankah cinta itu membebaskan, mencerahkan, dan menenangkan? Sedangkan ekspektasi memiliki itu membelenggu, meredupkan, dan meresahkan.
Tiba-tiba muncul pertanyaan dalam hatinya. Benarkah lelaki itu mencintainya dengan setulusnya? Bukankah mencintai itu berarti berjuang untuk memberikan kebahagiaan kepada kekasih yang dicintainya? Mencintai apa yang menjadi kecintaannya? Lalu mengapa selama ini lelaki itu masih tidak bisa terima dengan keputusannya? Keputusan yang ia ambil dengan sadar jaga. Keputusan yang menyakitkan. Namun, keputusan itulah yang paling menenangkan hatinya. Keputusan yang ia anggap paling baik untuk semuanya.
Tidak tahukah lelaki itu, selama ia masih menggugat keputusan itu dan mencari-cari pihak untuk disalahkan, sungguh sebenarnya ia telah menyakiti hati perempuan itu lebih dalam. Semakin lelaki itu tidak terima, semakin dalam dan sakit pulalah goresan yang ia ukirkan di hati perempuan yang katanya ia cintai dengan segenap jiwa. Atau apakah memang lelaki itu mengharapkan agar ia merasai sakit itu? Sakit yang mencerabut ketenangan dan kebahagiaan dalam hatinya. Sakit yang jauh lebih pedih dari goresan pisau yang diiriskan di jarinya. Perih. Pedih. Sakit. Sakit sekali..
Tanpa tambahan rasa sakit karena laku lelaki itu, sungguh ia pun telah merasakan kepedihan yang sangat. Kepedihan karena tidak bisa bersanding dengan seseorang yang dicintainya. Seseorang yang telah ia bayangkan dipertemukan dalam singgasana cinta. Seseorang yang dalam mimpinya akan menjadi ayah dari anak-anaknya dan imam dalam kehidupannya. Kesakitan itupun masih harus ditambah pula, ketika ia harus merelakan dirinya hidup bersama dengan seseorang yang hingga saat ini belum bisa ia berikan sedikit saja cintanya. Tidak cukupkah segala kepedihan yang ia rasakan sekarang sebagai penebus dosa masa lalunya?
“Wahai lelaki yang kucintai, tidak cukupkah rasa pedih yang kutanggung saat ini? Rasa pedih yang mungkin jauh.. jauh.. lebih pedih dari kepedihan yang kau tanggung karena janji yang tak terjawantah? Tapi jika kau memang merasa ini semua belum cukup, maka silakan lakukan apa yang kau anggap benar untuk dilakukan. Teruslah kau sayatkan luka-luka itu di hatiku. Sedalam-dalamnya. Aku ikhlas menerima. Jika itu membuatmu bahagia. Tancapkanlah terus. Hingga aku tak mampu merasai rasa sakit lagi. Hingga aku mati dari rasa sakit yang kau sayatkan bertubi-tubi.”
Andaikan lelaki itu mau sedikit saja menurunkan keegoisan dalam cintanya, maka itu akan sangat berarti untuknya. Itu akan menggugurkan separuh lebih beban berat dan rasa sakit yang selama berbulan-bulan ini ditanggungnya. Mereka akan bersama-sama belajar untuk menyamuderakan cinta yang ada di hatinya dan melepas rantai-rantai belenggu ketakutan yang bisa jadi merupakan tipu daya syaitan yang akan menjauhkan mereka dari surga, ridha, dan cintaNya.
Walaupun ia tahu itu sangatlah sulit, tapi ia yakin. Jika keimanannya benar, hal itu bukanlah hal yang mustahil untuk diwujudkan. Jika niat dan tujuannya hanya untukNya, maka ia yakin Allah pasti akan memudahkan jalannya sampai ke sana. Sebanyak apapun hambatannya.
Selama ini, mungkin cintanya baru sebesar dan sepanjang Nil, dan sudah begitu saja habis diberikan kepada lelaki yang dicintainya itu. Untuk mengurangi bagian cinta itu, ia tidak mampu. Lalu apa yang nanti akan diberikan untuk suaminya? Maka, sudah sewajarnya jika ia mulai belajar untuk menyamuderakan cintanya. Sehingga cinta itu tidak akan habis jika pun harus dibagi-bagikan kepada semua makhluk di penjuru mata dunia. Tanpa mengurangi porsi masing-masingnya. Tanpa zhalim kepada seorang di antaranya. Cintanya untuk lelaki itu dalam hatinya masih akan sebesar dan sepanjang sungai Nil atau bahkan bertambah lebih dari itu. Namun, ketika cintanya sudah menyamudera, maka ia tidak perlu bingung seberapa besar ia membagi cinta kepada suaminya. Karena ia bisa memberikan suaminya cinta seluas samudera segala segara. Cinta yang lebih besar dari cintanya kepada lelaki itu. Cinta yang sesuai dengan porsinya, tanpa harus mengurangi hak salah satunya. Lalu bisakah ia?
Menyamuderakan cinta. Tak hanya itu. Mereka berdua pun perlu belajar untuk melepaskan belenggu-belenggu ketakutan yang dibisikkan syaitan padanya. Menghindari prasangka-prasangka yang membuat mereka pesimis menghadapi masa depan. Syaitan telah menakut-nakuti mereka dengan ketakutan yang belum tentu akan mereka dapatkan. Menakuti mereka bahwa mereka akan mati jika tidak bisa saling membersamai. Mereka tidak akan pernah bahagia jika tidak bersanding di singgasana cinta. Tidak akan bisa mencintai suami atau istrinya kelak tanpa bayang-bayang cinta masa lalunya. Begitukah? Tidakkah itu hanya prasangka-prasangka yang dihembuskan syaitan untuk menghilangkan makna syukur, sabar, dan tawakal dalam hati mereka? Jika mereka punya niat yang benar, maka bisa saja dalam hitungan detik setelah melihat istri atau suaminya kelak, maka cinta yang begitu meluap dianugerahkan Allah untuknya? Sungguh, siapa yang tahu? Namun, Allah Maha Tahu..
Perempuan itu tersenyum. Bersama semburat merah fajar di kaki langit, pertanda hari telah berada dalam bilangan yang berbeda, ia tahu apa yang harus ia lakukan. Ia akan membuang semua ketakutan-ketakutan itu. Dan ia akan menjalani apa yang telah ia putuskan dengan rasa sabar, syukur, dan tawakal. Walaupun sekarang rasa cinta itu masih menjadi milik lelaki itu seutuhnya, namun ia akan membuka hatinya selebar-lebarnya untuk suaminya. Ia akan belajar mencintai lelaki itu. Bagaimanapun sulitnya. Ia yakin akan janji Allah, bahwa ia akan menunjukkan jalan bagi orang-orang yang berjalan menujuNya. Ia yakin itu. Ia pegang janji itu. Harapnya, lelaki itupun begitu…
“Dengan asma Allah, Ya Rabb, inilah atsar-atsar yang akan kuukirkan sebagai pembuktian cintaku padaMu.. Dan semoga aku tidak akan berbelok sedikit pun dari janjiku.. Sampai kaki ini menapak lelah di jannahMu…”
_bismillah, artikel ehsan semata2 dr dakwatuna.com..
sekadar perkongsian bersama..
Selasa, 10 Ogos 2010
RAMADHAN... program TUHAN.!!

Alhamdulillah, selamat sudah sampai UM. entah knp, salama safar dr serdang td lg, hati bnyk tersenyum + ketidakpercayaan bahawa nafas hari ana pg td adalah dalam kunjungan RAMADHAN.iya hari ini 1 RAMADHAN.... ya Allah!! Ramadhan datang lagi? sakit dada dek sebak tatkala Allah beri lg peluang bernafas lg di dlm trbiyah bulan mulia ini. subhanallah walhamdalah...
Bertemankn kesetiaan selaku 'tolibul 'ilmi', sisa2 pengajian menjadi wajib untuk disudahi. bukanlah senang demi memahami silibus2 pengajian yang kekadang rumit lagi perit akal untuk memahaminya, namun itulah perjalanan musafir sementara masih ada izinNya untuk menjadi perenggut ilmu Allah dunia akhirat. bi'iznillah....sementelah masa sebelum azannya zuhur, sengaja jemari menghajati untuk bertinta sedikit yang tidaklah banyak untuk memenuhi kehendak hati yang asyik mendesak u menghamburkan perihal NAFSU KALA RAMADHAN...

(semata2 gambar hiasan, hu asif dik..)
isshh..!!! cerita pasal nafsu, rasanya akhwat2ku fillah pantas mengerti bakal cerita yg bisa relevan menjadi taujih untuk kita sebagai saham tarbiyah fardhiah di kalam rohani. santapan iman...
Untuk kita mendidik nafsu, payah sekali. Jarang kita ambil berat pada nafsu kita. Kita tidak peduli pun. Bahkan kita selalunya mengikut sahaja nafsu kita.
Kerana itulah kita selalu terbuat dosa. Kerana itulah kita selalu melanggar perintah Tuhan. Walhal, Tuhan sudah memberitahu di dalam Al-Quran, nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.
Lebih berat daripada itu, Tuhan mengingatkan kita,
“Tidakkah kamu lihat orang-orang yang mengambil nafsu sebagai Tuhan mereka”.
Maksudnya, pada sesetengah orang, nafsu sudah jadi Tuhan mereka. Mereka bertuhankan nafsu dan mengikut apa sahaja telunjuk nafsu. Datangnya Ramadhan adalah program Tuhan untuk mendidik nafsu kita. Itulah kasih sayang Tuhan kepada kita. Seolah-olah Tuhan paksa kita melalui Ramadhan ini supaya kita baikkan nafsu kita.
Kita berpuasa supaya nafsu kita terdidik seterusnya menjadi orang bertaqwa. Itulah yang Tuhan kehendaki,
“...kamu berpuasa moga-moga kamu menjadi orang bertaqwa”
Namun, semuanya atas kita. Untuk melalui Ramadhan ini, kenalah bersungguh-sungguh. Kalau tak bersungguh, program Tuhan ini berlalu begitu sahaja. Program Tuhan ini tak akan mendatangkan hasil untuk kita. Takut-takut kita menjadi orang yang merosakkan program Tuhan. Maksud bersungguh itu ialah sungguh-sungguh melawan nafsu. Inilah yang dikatakan mujahadah. Bukan sahaja nafsu makan minum yang perlu dilawan pada waktu berpuasa. Tetapi nafsu yang melibatkan anggota lahir seperti mulut, tangan, kaki, telinga dan mata.Bila nafsu kita jahat, dia gunakan anggota badan kita untuk buat perkara yang berlawan dengan kehendak Tuhan. Kenalah kita sungguh-sungguh menahan anggota badan ini daripada membuat jahat. Mulut sebagai contoh, yang mengeluarkan kata-kata; jangan dibiarkan menyakiti hati orang lain. Tahan ia daripada terus-terusan mengumpat dan memfitnah. Tangan pula, usahakan tidak mengambil harta orang lain tanpa kebenaran.
Begitulah seterusnya untuk anggota-anggota lain. Jadi, bila nafsu itu dapat kita lawan sungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini, barulah progam Tuhan itu dapat berlaku pada kita. Barulah nanti kita akan jadi “orang baru” di penghujung Ramadhan. Itulah ertinya “aidilfitri” kepada kita. Kerana aidil fitri itu bermaksud kembali kepada fitrah. Bila nafsu sudah terdidik, fitrah jadi bersih. Fitrah kita akan kembali kepada asal sepertimana bayi baru lahir yang bersih fitrahnya. Inilah tuntutan Ramadhan. Inilah yang sebenarnya harus kita fahami dalam puasa kita. Jika tidak, kita sekadar membenarkan kata-kata Rasulullah, betapa ramai orang yang berpuasa, tetapi sekadar mendapat lapar dan dahaga. Sekian.
(ehsan taujih dari sedikit coretnya_http://abihaiqal.blogspot.com)
Selasa, 3 Ogos 2010
mehnah wa tribulasi..
HAND MOUTH DESEASE.?? erk apa tu?"
"ok, sebenarnya sakit ni kebanyakan yg terkena jgkitan adalah kanak2. and usually it due and cause by environment around us. kiranya awak ni kalangan yg terkena jgkitan lah, jarang orang dewasa terkena tp tak bermakna orang dewasa selamat dari penyakit ni."
terdiam diri ni sebaik menerima ziarah sakit dari perkhabaran doktor. sudahlah baru beberapa hari kebah dari demam panas dek jatuh tangga. tak sampai bebrapa hari dari kebahnya demam, sakit lain dah pun tunggu nak 'attack' jasad yang sedia lemah ni.
'syafakilah hati, syafakillah jasad.!' suara hati memujuk. sabar, emosi pun dah tunggu nak meletup aja ni, aduhai sabar2.
iya, ini sebahagian cuma dari plot cerita ana buat beberapa hari sudah.
HAND-MOUTH DESEASE? padanlah bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki terasa lain macam sakitnya, sampaikn akhwat fillah mengandaikn campak (na'uzubillah). dan padanlah jua hati ni beriya sangat utk pulang menatap wajah mak.
beberapa hari sebelum menerima kaffarah ini, ntah mgpa ana kerap bermain dgn emosi, pantang terasa, nangis hingga sedu sedan, astaghfirullah. jua ntah mgpa, hati ini kerap bermonolog memujuk diri dgn madah alhikam agr muara hati tsabat pd Allah, tapi kenapa terasa keseorangan kian meyeksa nafas hingga menyesakkannya yang akhirnya menatijahkan ketidak selesaan.
akhwat fillahku, pemilik khaulah. tempat ku muntahkan semuanya rasa hati dari emosi ni. nangis persis anak kecil di hadapannya, aduhai. masyaAllah rasa malu dek tangisan ini padanya, namun inilah kesempatannya. kesempatan untuk menggunakan seorang sahabat sebagaimna terkalam dari firman2 Allah perihal indahnya ukhuwah itu.
'ukhti khaulah, ana menyayangimu bukan kerana setia telingamu mendengar rintihanku, tapi kerana daku terhibur dalm esakku dgn kasih ukhuwahmu dari didikan ayatul furqan.jazakillah hubb'
lantas esok harinya, hati memutuskn untuk pulang. itulah y terbaik. subhanallah rupanya mak kebetulan berada berhampiran, Allah perancang terhebat. dimudahkan urusan ibunda utk mengmbil anak cintanya ini dan mudahnya urusanku untuk menemuinya. elok shj pulang, bintik2 merah terus naik hinga sekian jari jemari, subhanallah sakitnya. kaki juga terpaksa ana paksa diri untuk gagah di seret sana/i. tumpah air mata mak dan pilu sebak hati ini terlihat air matanya. aduh berdosa sungguh ana merasa lntas bikin hati ibu tua ini kesusahan. sakit bgni, hati banyak menginsafi dosa yang banyak tak terkira.
"
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali" sabda Nabi Muhammad s.a.w. ............. hati tersenyum memuji Allah.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
_(Al- Baqarah:216)
hebat sekali pujukan dari Nya ini, hatta mehnah dan tribulasi bagaikn pujukan meminta hati berlapang dada pada sang Khalik.
akhwat2 filah, bukanlah beriya2 jemari ini bertinta menyusun plot kisah tarbiyah ku, tapi teringin sekali ana memenuhi hajat hati untuk berkongsi.. bahkan sememangnya ana sangat inginkn perkongsian demi mengosongkan ruang hati ini dari saratnya wadah yang bisa membawa kepada futur yg ana sangat takuti. masakan tidak, hati pernah terlintas dan keluh kesah dek segala hujanan tarbiyah dari Allah (na'uzubillah). letih dan tiada seri maya yang sepatutnya menjadi penghias di wajah seorang yang pernah bercita2 untuk menjadi serikandi perisai Nabi, ALLAHUAKBAR..
tatkala sedang menerima kunjungan HAND-MOUTH DESEASE ini, ana berehat + mencari sakinah di baitil. alhmdulillah, jasad ini ditatang penuh minyak dari mak. lnsung u mengambil air, tidak diizinknnya, sebak hati ni. namun itulah jua akn dilakukan mana2 pun ibunda kita semua.
sementelah dalm kondisi kerehatan, nyata Allah selalu menemani dgn iringan doa yang dimakbulkan. ykni kerajinan utk beristiqamah dgn kitab tafsir pemberian ukhti cinta, serta dimudahkan kemesraan jalinan ukhuwah dgn semua akhwat fillah. ibu n abah juga senantiasa tidak lupa pada kakak ini, senantiasa juga khbr dari kasihmu ibu tidak putus pada kakak, sayang ibu dan ummu iman lillahi.
selang esok hari, subhanallah akhwat fillah hajat utk ziarah, ternyata di rumah Allah merancang cantik susunan jadual buat ana, agr jauhi dari kelalaian. terlihat seri wajah akhwat2 yng menziarah, nyata 1 asbab kpd kesembuhan jasad ni. jazakumullahu katsir sayangku fillah.
ada sahaja kiriman sms yang diutus pada ana sebagai doa yang akan terakam indah dalam hati selamanya.
syukur, mehnah tribulasi. ASBAB kepada musafir da'wah yang tsabat perlu kpd ke'istiqamahan. berlapang dada, dan berprasangka pada Ilahi kunci solusi kpd emosi yg sarat ini. solusi kepada permasalah ummat, usrah, baiti jannati wa bait al muslim dan sebagainya yang bersarang tebal dalam ruangan hati.
menah jua tribulasi, tidak hanya sekali menziarahi kita wahai akhwat fillah sekalian, malahan siap siaga lah krn ia bakal datang lagi. barangkali beserta ujian yg lebih hebat, wallah'alm.
Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan.."
wallah'alam bis sawab.
yang baik nyata tsabat dari Allah, dan yang salah silap hanya dari ana, penulis serba dhaif serta srikandi naif di jalan Allah. namun dari dhaif dan naif, semoga lahir ibadah yang tawadhu' demi syi'ar Islami, ALLAHUAKBAR!!
Isnin, 11 Januari 2010
LA TAHZAN....!! ada apa dgn air mata?

Wahai mataku yang menangis...
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air mata yang menggenangi kelopak matamu lalu mengalir ke pipi ialah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun ditubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah padaNya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.bersyukurlah.....
hairan tatkala diri ini ini melihat ada sklian insan memandang jernihnya air mata yg mengalir adalah 1 kelemahan, allah'alam..
sedang hati sedih ini serta kesedihan seisi alam bisa dibahagiakn kembali dengan air mata jua, terlintas di benak diri akn terakam mulia sebuah air mata dr firman Allah
"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Isra': 109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud sambil menangis." (Surah Maryam: 58)

Kenapa rasa ingin menangis..? lemahkah jkalau menangis itu?
maka ada apa sebenarnya dgn air mata kalian itu? tidakkah dapat dtemui sebuah damai di situ?iya benar, harus jgn lama2 dgn kebasahan dr air mata yg mengalir, mudah nafsu itu menjadi makanan yg sedap oleh syaitan(na'uzubillah)....
pagi ini, masih terasa dinginnya oleh ana..sejuk hingga kebas terasa jemari ini..langkah dibuka pnuh kibar demi ilmu talaqi sbntr nti..namun sapaanku pagi ini AIR MATA rupanya..hampir sejam mananti sambil istighfar tnpa henti sebagai pemujuk kalam, sebak pula kian mghimpit menyesakkan lg nafas yg sediakala sempit.
bismillah, itulah lafazku lg u mengorak langkah mengerah keringat u menyelesaikn permasalahn yang diri sendiri buntu apakah yg bernama masalah ini..masyaAllah, diri pula dimarahi dengan suara2 pegawai, apakh salah bertanya? kata ayah, ubat kejahilan itu adalah bertanya...subhanallah sabarlah diri, bangun utuhkanlah jiwamu kembali, jagn lemah...
'LA TAHZAN ukhti...!!!!!!!!!' puas pula terasa mskipun suara batin yg menjerit..
alhamdulillah, setidaknya jeritan kalam bisa mjadi wadah terbaik buat merawat qalbu...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketenangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
bezanya, bagaimana harus kita cari iman ini dgn air mata? insyaAllah, psti dapat dicari bukan?amin.....
1 message receive
"adik sayang, tenangkan diri dgn dhuha ya...biarkan air mata itu mengalir..luahkan apa yang terbuku di dada itu, moga hati lebih tenang selepasnya..."
masyaAllah, hadir kiriman murabbiah penyejuk rasa, huk2 jazakillah habibati..
deringn telefon, masyaAllah ibu pula, " kakak nangislah syg, luahkah pd Allah..Allah pandang usaha kita kn? jadi kakak teruskanlah berusaha ya, biar nti natijahnya Allah jadikan sbg rahsia terindah....."
1 message receive
"rohan boleh dhuha, jkalau tdk boleh bacakan zikir ya.....sabar, rohan kuat.."
aduhai kak long habibati, jazakillah..
lihatlah kalian, bersatu kesemua hati di jalan Allah lnts bersatu semua suara pjuang2 ini yg sguh nyata 'alert' a.k.a peka dgn rasa hati srta emosi seorang saudaranya...bahkan hati ini bisa jadi har=ti mereka jg, masyaAllah akhwat2 pjuang srikandi nabi...
jazakumullahu khair habbati fillah, mwar2 Islam..
trus, tgis ini sekali lg merakam saat indah bersama mereka, mematerikan ikatan fillah menyanjungi Allah, hati kmbali mnsyukuriNYA krn msh berupaya merasai izzahnya air mata..
iya, kepada apa atau siapa pun yg mnjadi asbab kpd tangisan diri ini, padanya diri mgucapkn trima kasihku krn iman terasa terisi (top up)...jazakumullah wa barakallah...
akhwat-akhwat fillah sayang...
Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah." (Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i)
Isnin, 4 Januari 2010
who speaks 4 ISLAM...?

.................."YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI MELAKUKAN KESALAHAN. YA TUHAM KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANI KAMI DENGAN BEBAN YG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KAMI APA YG TIDAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA..MAAFKANLAH KAMI, AMPUNILAH KAMI, DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAULAH PELINDUNG KAMI, MAKA TOLONGLAH KAMI MENGHADAPI ORANG-ORANG KAFIR..." (2 : 286)
salam'alaik sahabh sahibah, akhwat2 tunas acuan Islam, srta para pembaca budiman...mudahan kalian masih melafazakn kalam basmallah srta syukur tiada peri krn ats kehendakNYA, masih lg roh dipikul jasad..
melaungkan asmaulNYA, berzikir di segenap ruang maya alam Allah ini..amin.
MASYAALLAH, SUBHANALLAH dan ALHAMDALAH, itulah lafaz d bibir ana sdari awal mnitipkan jemari mncipta wrkah ini..iyalah, dek keributan urusan dunia, da'wah di halaman blog kian 'terabai'..(ampunilah hamba ya Allah akn kealpaan ku...)..masakan tidak, urusan semakin mencuri keseluruhan masa-masa yg dimiliki, erm tapi bukanlah alasan, asalkn diri thabat trusan menabalkan cinta buat Ilahi, hatta jiwa raga pasti 'alim mengatur masa demi mcari sa'adah dr liqa' dgn Allah..
sunguh, betapa emosi dijentik dr sebak kerana biarpun seketika jua biarpun beberapa hari cuma, namun terasa berdosa lntrn iman kian luluh, tiada semangat di hati dari gencar da'wah, tiada jg keriangan dr laungan jihad pd Allah, hanya kerana urusan dunia yg bertamu, masyaALLAH... sedangkn hati inilah yg pernah berikrar pd ALLAH utk trus bsuara dmi HAQ nya Islam.
lantas, segar di pundak ingatan ini akan bicara dr seorang sahibah akhwat fillah........
"ukhti, ntah mgpa ana jd takut, ntah mgpa ana rsakan bersalah pd Kekasih Agung kita..iyalah, kita katakan diri selaku penyeru, nmun apkh tugas itu benar-benar sedang kita hayati.. who speaks 4 ISLAM actually, ukhti? relevannya psoalan ini buat kita kn? subhanallah, trimalah lgkh kaki kami di jalanMU ya Allah...trimalah taubat kami, kami memahami agama suci ini, igin trus kami sampaikan kebenaran agama kami pd skalian penghuni bumi ini, iya inilah jua dunia sekarang,yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul. ya ILAHI, ampunilah kami..."
subhanallah, pujukan dr pengkisahan al-baqarah ayat 286, benar2 satu keasyikan yg mghiburkn emosi, benarlah, ALLAH tidak akn sskali memberi kesusahan/ujian melainkan dgn kesanggupannya.insyaALLAH...
hampir sekian lamanya jemari ini 'menyisihkan' diri sketika dr tariannya d paparan lantai keyboard, masyaALLAH sesaat dpt menukilkan wrkah mengisahkan rasa hati terasa bahagia tiada peri...betapa akhirnya luahan hati semahunya ingin dimuntahkan smua, almaklum penulis juga tersangat merindui samarahnya pd kalian semua.
laungan suara batin harus pantas dilaksanakn demi jnji ikrar pd ALLAH azza wajalla...speaks 4 Islam..iya harus juga thabat dimuarakan di medan jihad waimmah berbagai kasih Allah menziarah.suka duka, tangis sedan, sebak membungkam kala bernafas di sepanjang tahun 2009 udah pun menjadi lipatan sejarah...
namun hakikatnya dari tangis, sebak akhirnya hadir senyuman, ketawa bahagia dan izzahnya dari damai kehidupan yg telahpun berlalu.
semangat harus menjadi tekad semula, roh Islam harus setia mjdi pencarian dr musafir yg sementara cuma...
biarpun tiada lg ayah, nmun semnagatny bersama.. iya, penlis udah kehilangan ayah seminggu sebelum eidul adha, subhanallah perit tiada terucap dek kata2..melihat adik-beradik yg ternyata berusaha menzahirkan ketabahn dr sisi masing2...sedaya upaya mencipta senyuman di wajah bonda kami, aduhai mak...
'la yukallifullahu nafsan illa 'us'aha'
(tidak akn diuji pd sklian insan melainkan dgn kesanggupannya)....
lantaran kesanggupan inilah ALLAH hadirkan ujian dgn mengambil semula hakNYA ykni ayah tercinta..
masyaALLAH, kronologi perjalanan arwah ayah menemui Tuhan ternyata menerima kasihNYA, mudahnya....masih segar di khalbu penulis akn wanginya bilik saat arwah dibaringkan di situ..tangan ini jualah yg menyelak helaian nipis yg menutupi wajah demi diperlihatkan pd sekalian tetamu yg ramai, ayah kian mhadiahi senyuman buat mereka..
'ya Allah, redhakanlah hati hamba mnrima pemergiannya, msih lg terbayang saat bibir ini mncium kepalanya, subahanallah AL-FATIHAH'.............
wahai pembaca budiman, mohon agr m'iringi penulis dr doa solehah kalian, agr jasad ini msh setia utk terus bersuara demi ISLAM...ingin tabah dr semua ini, biar lemah lutut, nmun hati tidak, penulis ingin menggapai tgn kalian u terus di barisan srikandi...amin..
Ahad, 27 September 2009
Muhasabah cintaku...!!!!!!!
RAMADHAN 29....
_6.00 a.m.
subuhku cantik, ya Allah..ubunku sejuk sekali, jasad terasa sakit...namun bagaikan penawar dosa. Subhanallah, enak sekali muhasabah cintaku kala ini. cintaku di atas sajadah mendamba wajahMu. Aduh, berat mata saat ini, bagaimana ni? Sedang pula musyaf di tangan ku, ah biar dua atau tiga m/s, janji tetap janji.
_4.16 p.m
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!
Na’uzubillah, asar sudah!! Apa yg telah terjadi..?? harus kenapa pula ada wajah-wajah di sekelilingku? Mengapa ni? Umi menangis? Tapi kenapa?..........arghh.!!!
“sabar rohan, sabar ya. Ingat Allah. Enti bagaikan koma sedari subuh td. Enti terus rebah bersama telekung sbaik selesai solat subuh pg tadi. Beberapa kami panggil, lnsung tiada reaksi. Kata doktor, enti cedera teruk bhgn dalaman, subhanallah enti buat kami betul-betul resah. Kami lnsung tak ada kekuatan untuk apa2 ‘persediaan’...”
Hatiku berbisik..
..................‘persediaan.? Sedia utk apa? apa y sbnrnya y tlh jadi?’
“umi, bleh ceritakan pd rohan? Apa pun yg berlaku, ana asif, wallahi asif jiddan. Kenapa tiba-tiba bisa jadi saatnya asar kala ni? Rohan rasakan baru shj usaikn fardhu sbuh td? Kenapa mereka cakap ana koma? Ya Allah, rohan betul2 bntu, lnsung tdk fhm...umi.......” hatiku rimas sndri dgn sgla psoaln2 ini.
Terdengar esak dr umi, hibanya kedengaran..aduh,pilunya hati dek tdengar tangisannya..
“iya dik, tak mengapa..rehatkan kondisi diri tu dulu ya? Enti dalam keletihan, td nafas juga seperti penat. Eloklah jangan difikirkan apa yang terjadi, plz rest enough ok..?” abg mencelah..
‘arghh, persoalan ku tidak dijawab lnsung, harus bagaimana ign rehat??’ hati kecil memberontak.
AKHIRNYA...usai solat asarku,
“oh, ‘dia’ lg yg mjdi asbab kekalutan dalam baitilku ini. habis kalut umi ayah ‘menghalaunya’...habis lg ribut sahibah2ku belaka, ukht cintaku lg resah lntrn jarak memisahkn kndisi dhaifku dgnnya...”
(ukht hbibati, rohan asif ya.adik kecik dambakn kmfn drmu kerana mjadi penyebab pd air matamu..akhwat2ku fillah, ana juga asif kerana mbutuhkan keriangan antunna di mlm syawal semata2 memikirkan keadaan lemah jasad ini. namun jazakillah, doa kalian ternyata solehah. Mata ini celik juga kerana doa2 antunna, selain doa tangis umi ayah.)
Rupanya ‘hanbal’ lah asbab akan keributan pada kndisi diri, iya makhluk halus. Namun dirinya punya status selaku muslim.. hatinya terpaut di jalan salah yang ternyata lg haram perlakuanny selaku hamba yg bertuhankan ALLAH.. Hanbal ini, yang telah memilih hatiku utk merasa kasih dan sayang. Hanbal ini, yang telah kabur imannya.. hanbal ini, yang telah hilang muhasabah cintanya pada ALLAH. Dan HANBAL, HANBAL & HANBAL.................
Baru ku sedar, kisah ‘koma’ku adalah kerana si hanbal..
(hanbal oh hanbal...........)
YA ALLAH!!!!
_’21 message receive’...
Tak pernah sekali telefonku menerima sebanyak ini kiriman wrkah. Kalut, terketar2 jemari memicit punat buat menatap kesemuanya.....
_1 message........
”rohan, cepat sedar ya.?”
_2 message..........
“Tuhan, kuatkan ukhti rohan..kami mendambanya lg di taman talaqi sini. Banyak lg agenda ign ku usaikan bersamanya, subhanallah perkenankan doa aku buatnya. Kuatkan tbuhnya, hatinya milikMU ya ALLAH, bukan milik makhluk itu.’dia’ musuh kami, ‘dia’ musuh musuh rohan jua. Ilahi, sampaikan kekuatnku buatnya, hamba rayu Tuhanku..”
_3 message........
“rohan, akak tggu d sini.. akak yakin adik akak. Adik akak kuat, akak betul yakin dik.!! Bertahan sikit shj lg ya?”
_4 message.......
“adik kecik !!! bertahan ya. Akak yakin rohan boleh ‘menang!! TAKBIR!!”
_5 message.............
“salam rohan, akak ucapkn salam EID FITRI, maafkan akak selama perkenalan kita. Yakin dik, hati ini meyakini, Eidul Fitri akan datang, pasti kita bisa bersama lg, kn? InsyaALLAH...”
_6 message.............
_ ............21 message...............
Huk huk, basah rupanya telefon dalam genggaman tanganku. Subhanallah dari tangisku rupanya.
( oh mawar2ku syg, pilunya rasa hati.. betapa diriku bikin kalian dalam keresahan, maafkan ana. Wallahi, ana cinta kalian. Ilahi, mereka anugerah terindah buatku)
SYAWAL 1....
Hening pagi, takbir itu ya Allah... Lagu pling indah di halwa telinga ini.
Huk huk, ada tangis lg d wajah ini,
‘ syukrillah Allahku habibi, aku bisa lg di rezekikan u mendengar takbir buat meraikan syawal ini.’
SYAWAL 4.........
Aku koma lagi....... keributan yang sama, kekalutan yg juga sama...serta resah pd ukhti2 cintaku yg sama, habis saat2 malamnya di usaikan dengan solat hajat, mathurat serta sedekah doa mereka. Aduh, ada kah lg mutiara air mata yg gugur keranaku????
DAN SYAWAL SETERUSNYA.......
Diriku kembali dhaif dalam koma..sakitnya.... Sakit sekali, namun itulah yang bernama MUHASABAH CINTA. Kuatknlah ku ya Allah, lindungilah aku dari putus asa...
JIKA AKU HARUS MATI, MAKA PERTEMUKAN AKU DENGAN MU....( antara bait2 melodi nasyid EDCOUSTIC , yg mbantu muhasabah cintaku pada Allah..)
DAN SAAT INI, SYAWAL SEKARANG.........
Setelah koma lg, akhirnya hanbal ‘CERAIKAN’ aku.. oh Tuhan..!!!! tiada lg ‘dia’ sebagai ‘suami’ ku..
‘umi, ayah. Rohan syukran.... ukhti murobbiah, rohan cnta enti, rohan syg ukhti. Ukhti cnta rohan dan zaujan, rohan syukran. ‘ukhti fateh’, rohan juga syukran... dan akhwat2 serta para mad’u, ana syukran..... JAZAKILLAHU KHOIR. Butir-butir cnta air mataku buat kalian, teringat semua yang Kau berikan padaku...
Oh.... MUHASABAH CINTAKU PADA MU..
Dan buat jasad yg masih menerima sakit, terimalah shj.. sakit yang msih terasa, itulah penawar dosa, itulah kaffarah..
_asy-SYU’ARA’
“ dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, “
( semoga kisah ini menjadi tauladan...demi nkmat ukhuwah, demi nkmat SAMARAH ( sakinah mawaddah wa rahmah yg dicari dalam paduan ketaatan buat ALLAH.. Allah hadirkan ujian, itulah komunikasi Dia utk kita....)
Betul kan???
Allahu Ta’ala ‘alam bis sawab.....
_ srikandi Zainab Jahsy
Selasa, 25 Ogos 2009
DOA INI !!!!
amin ya Allah, amin Allah humma amin...
esak-esak kedengaran halus di pendengaran, suara hati berbisik
'menangiskah aku?? ada air matakah di wajah ini??'
Ya ALLAH, aku sedang berbicara rupanya..aku berbicara denganMU.. dengarkah Kau akan doa ini? iya pasti, kerana iman ini meyakini Kamu..hatiku berIslam, hatiku megerti tawadhu'.. oH doa ini...!!! terimalah ia kekasihku Ilahi. aku lg dambakan cintamu, aku lemah lg jahil tanpa pimpinan dariMU....
ALLAH...terimalah DOA INI..!!!

_assamu'alaikum sahabat sahibah...
hati berombak penuh cinta, tidak lg sabar untuk bertanyakan kondisi kesihatan kalian...jua bagaimana motivasi iman?? sihatkah antum/na?
tawadhu' iman ini mendambakan berita khair belaka dr nafas helah seorang pencinta ALLAH...insyaALLAH 'ala kulli haal..
Subhanallah, jemari agak kaku ketandusan kata, jua bicara madah untuk menari lincah atas papan pemuka ini..berbulan meninggalkan halaman maya meskipun kedengaran rayu dambaan blog untuk menitipkan melodi lirik tarbiyah menghiasi paparan mencipta ayat2 Cinta... skian lamanya, jemari ini menyembunyikan amarahnya untuk melempiaskan segala hamburan ayat2 penuh mahabbah untuk dijadikan bingkisan hadiah, santapan nurani mata-mata kalian yang menatap...
bismillah, semoga bicara kali ini lebih menginsafkn, lebih dalam keharuan meratapi keampunan dari Azza wa Jalla akan segala keluhan yang terbit dr jasad lemah ini. al maklum, penulis tika ini dalam pencarian hadiah SAMARAH ( sakinah mawaddah wa rahmah) dr Allah sebagai bekal di medan baru...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, rupanya Allah takdirkan menjadi R&R sterusnya, meski tiada pun kerehatan di dalam taman ini. Cinta dan kasihnya Ilahi, diri ini mengaku selaku 'tolib 'ilmi', dan pantas shj disediakan ruang halaman yang sebegitu luas untuk tarian dakwah yang semakin lincah.
kini umur ana sebulan sudah di medan talaqi UPM, syukrillah...dengan jayanya ana akui langkah ini masih kebutuhan, masih berada dlm kelembapan untuk mencari wasilah penerus juangan..hati mencari2, antara ILMU, antara CINTA Allah, antara redhoNYA, serta restu mak ayah untuk mencari anugerah dunia..
Dalam keluhan, ternyata Dia prihatin kerana bisikan ini menerima perhatianNYA, dan sungguh Dia berikan hadiah tiada ternilai dengan kehadiran mawar-mawar yang cukup luar biasa keelokannya.cantiknya mawar-mawar ini ya ALLAH..tak sgka, rupanya mawar-mawar ini lg mengerti akan asbab apa yang bertamu di ruangan hati yang tersembunyi satu perasaan di dalamnya...
mawar berduri, akhawat y mulus dalm thabat hati2nya meneruskan laungan FISABIL ALLAH berteman kuda2 yang setia.

ana teringat bicara santai dr seorang sahibah dlu,
"enti tahu, Allah sengaja beri kita susah sebelum kita dihadiahkan kesenangan. dan senang itu tidak la mudah dhadirkn untuk kita....namun asalkan hati IKHLAS meraikan kesusahan itu, hatta insyaALLAH, Dia melimpahkan senang berganda hinnga tak terminta lg..."
allahu'alam...
dan sahih, langkah akhawat ini pada tika ni, waimah biarpun tika jemari lincah mengetuk2 pemuka, sedang ditarbiyah akan apa yg dikatakan susah itu...hati ana kerdil mengaku susah, namun ya Allah, jangan biarkan hati ini terus dibunuh dengan keluhan yg berpanjangan...Hamba tidak sskali sengaja untuk menzahirkan keluhan, subhanallah...Ampuni muslimat kecil ini ya Allah...DOA INI ya Ilahi, aku mohon bersama bingkisan sisa2 keikhlasan.
justeru, pada mawar-mawar inilah tempat hati ini mencari penawar ykni kata2 yg sarat penuh kasih, tadahan doa lagi sarat dengan kesolehan mereka sebagai wadah untuk kekuatan penerus langkah kaki ini demi beraksi di medan...Ya ALLAH, kurniaan yang hebat sekali, ternyata hati ini sarat bermadah mengumpul ribuan sifat mahmudah untuk aku panjatkan rasa syukur ini..
apakah ujiannya yang ana tabalkan susah itu???
iya, biarlah rahasia...perkongsian ini semoga lbh manis biarpn menerima pahit pd mulanya...
untuk pembaca, tujuan ana hanya ign memperhabatkan jalinan ukhuwah bilamana tautan hati2 penghuni taman Fillah bersatu.. tujuan akan asbab tinta pena ini, adalah kerana terbit dr bisikan DOA yg memerintahkan jemari ini meluahkan bahagia di hlaman warkah bernama BLOG.semoga yang membacanya, bisa memahami lantas terpalit biarpun sdkit di hati kalian...
kerana hati yang membaca itu, adalah dtgnya dr penghuni taman2 ISLAM.KERANA CINTALAH, mata kalian sudi melirik dr muqaddimah hinnga kepada konkusi..

untuk diri ini yang masih merasai 'susah' itu, smg beriman dengan pujukan dr fimannya;
"dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir "_(yusuf:87) ,
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"
_(al baqarah:286)
"janganlah kamu bersikap lemah & jgn la pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg plg tggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman"_(al imran:139)
Sekian warkah pena penulis.....
Srikandi ZAINAB JAHSY.
Jumaat, 12 Jun 2009
CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT...

Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi jika kau tidak temui,
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Tetapi jika kau tidak temui,
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui jua…
Maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.
- Imam Al-Ghazali r.h.
Dalam diari seorang pejuang,
Tiada ketentuan yang menyedihkan,
Masalah yang merumitkan,
Ujian yang melemahkan,
Bala yang menyusahkan…
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.
Mereka tepu dengan masalah dan ujian.
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
Lambang kekerdilan kudrat hamba
Berdepan dengan belaian sang Pencipta
Sebagai tanda ingatanNya....
¬_assalamualaikum to all bloggers…
Akhirnya tinta pena dr pencinta serikandi zainab jahsy kembali ke laman maya ini..memahami ertinya diri demi mencari mukminah.muslimah,muslihah serta na’ilah. Sambil jemari tidak lupa dari tarian meski tidak berdetak detuk mghasilkan natijah mcpta madah di halaman maya….semoga hadirnya madah yang lebih bisa segar hingga mnitisnya embun2 damai di ruangan iman dari panahan mata yg menatapnya…..
CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT…..imbuhan segar yang menyentak emosi. Menegur perilaku iman yang kian bergolak, mengimbangi dari alpa nafsu…mencari islah dengan pimpinan taqwa…menikmati izzah dengan panduan solehah.
INSYAALLAH….
Selasa, 31 Mac 2009
PURDAH..ADAKAH UNIFORM PENGGANAS?
Khabarkan dirimu??
Khabarkan imanmu???
Syukrillah wa alhamdalah, ternyata nafas ana masih menderu atas izin Allah buat diri ini melafazkan bait atau tinta da’wah melalui pena di halaman warkah blog.....
Entah kenapa, kalam iman ana merasa terpanggil untuk mangajak antum semua berdiskusi bersama, berkaitan isu yang ana nak bawa....iaitu NIQAB a.k.a. PURDAH!!!!!!!!
Baru2 ni, ana dan sahabah terpanggil buat menghadiri satu aturcara tarbiyah di tengah halaman metropolitan, ibu kota. Kami yang berpurdah ini lazimnya sebilangan yang agak majoriti berbnding sahabah yg len. Tak lupa, sebelum melgkah, mak di kedah sempat ana call. Bukan apa, nak doa si ibu, mg anak gadisnya thabat dalam menerima salam mehnah.
Sejurus melangkah ke dataran jihad, tiba2.......
“eh, persatuan niqab ke ni??”
SUBHANALLAH!!!! Tersentak emosi muslimat ni.dek krn iman duk pujuk hati, mujur ana ‘batalkan’ hasrat nak su’suzhon.... Hish, tp ana lagi terkilan, ‘pengumpat2’ ni bukan orang lain, tapi insan2 yang fasih dan ‘alim dgn tarbiyah...syabab plak tu.aduh lg emosi kala usikan berselingan cetusan ketawa kecil....sabar2 HUSNUSZHON!!!
‘Ya ALLAH, moga HidayahMU bisa lebih hebat bergetar mengetuk sifat2 mazmumah. Buanglah karat noda mazmumah itu di kalam iman mereka yang meragut kesucian mahmudah, kerana kesucian itu masih dipunyai mereka...Ameen........!!!!’
La Ba’sa, sekarang ana bukanla nak perhebatkan dgn emosi yg mengusik nurani tapi apa yang sebenarnya ana nak bawa halaqah di sini ialah PROPAGANDA BARAT melalui resapan pemikiran, apa lagi pada orang Malaysia yg sememangnya mudah sgt terpengaruh.
Buat pengetahuan sahabah2, budaya barat ini seolah2 ‘emosional’ apabila terlihatkan muslimat2 yang pakai purdah. Ekoran dari pelbagai prasangka mereka berkaitan ISLAM, hatta mereka tidak terkecuali melihat isu pemakaian purdah ini sebagai satu ancaman...( ketawa kecil ana tika duk menaip ni)....
Dahla Dunia Islam ni boleh ana ibaratkan ‘baru sembuh dari luka’ ekoran dari kejadian2 yang mengaitkan Islam dengan keganasan setahun dua tiga tahun yang lepas.TUP2, isu niqab plak turut depa sesuka hati amik sebagai cakna dan sanggup dibawa menjadi bahan ‘ketakutan’ meraka pada ISLAM...
Apa lg, pelbagai andaian dan spekulasi bagi memberikan gambaran buruk tentang pemakaian purdah, timbullah sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penganut agama Islam di dunia.
Dan sebenarnya rasa tak puas hati itu bermula ekoran cadangan bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan komunikasi dan bersikap lebih terbuka, mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.
Straw yang menggunakan ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, menyatakan ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah.
Jika dilihat dengan teliti maksud ‘ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajah’ ia juga boleh merujuk kepada seseorang yang membuat panggilan telefon kepada seseorang individu lain, yang sudah pasti juga tidak dapat melihat wajah individu yang satu lagi.
Tapi pelik, Straw tak pula membuat ‘kajian’ terhadap isu tersebut.
Seharusnya mereka (Barat) tidak perlu membangkitkan isu berkenaan kerana dunia Islam tidak pernah mempertikaikan cara pemakaian Barat, sedangkan ia amat jelas dan nyata mendiskriminasi kaum wanita.(subhanallah, emosi pula..........)
Tapi yang pastinya kini,suka untuk ana nyatakan Barat seolah-olah takut dengan bayang-bayang pengganas ciptaan mereka sendiri dengan menyatakan kononnya, mereka yang berpurdah menyembunyikan sesuatu di sebalik kain tersebut.
Adakah mereka akan berpuas hati sekiranya kehendak mereka dituruti?
Jawapannya tentulah tidak.
Kemungkinan selepas itu, isu lain pula akan dibangkitkan. (barat oh barat.....)
Kesimpulan yang boleh dibuat tentang kenyataan Straw itu, adalah Barat sudah kekeringan idea untuk menuding jari dengan mengaitkan bahawa pemakaian purdah itu adalah ‘uniform pengganas’.
Kebiadapan Barat terserlah apabila sanggup memaparkan gambar wanita dengan mulut mereka diletakkan pelekat pada muka depan akhbar The Guardian dan The Daily Telegraph.
Kemuncak kepada kebiadapan tersebut adalah apabila seorang guru dipaksa meletakkan jawatan kerana tidak mahu membuka purdah ketika mengajar.
Ia ekoran, anak-anak murid guru tersebut mendakwa, pengajaran bahasa Inggeris guru itu susah difahami kerana mereka tidak dapat melihat pergerakan bibir guru tersebut, Aishah Azmi.
Guru Besar Sekolah Rendah Gereja England Headfield di Dewsbury, West York bersetuju bahawa Aishah, 24, boleh memakai purdah semasa di kawasan sekolah tetapi bukan semasa mengajar.
Bagaimanapun Aishah dilaporkan enggan membuka purdahnya semasa mengajar dan menyatakan ia sebagai budaya, menyebabkan dia digantung.
Majlis Muslim Britain pula memberitahu, wanita Islam tidak perlu memakai purdah di depan kanak-kanak.
Aishah dilaporkan membuat aduan mengenai Majlis Kirklees kepada tribunal pekerjaan yang dijangka membuat keputusan dalam tempoh dua minggu lagi.
Sementara itu, Aishah Azmi memberitahu BBC Radio bahawa murid-muridnya tidak pernah mengadu dan berkata perkara itu tidak pernah menjadi isu.
Ini kerana kebanyakan murid-muridnya adalah Islam dan telah biasa dengan pemakaian purdah oleh ibu mereka.
Maka, siapakah sebenarnya memutar-belitkan fakta tentang pemakaian purdah tersebut?
Jangan hanya disebabkan sehelai kain yang menutupi muka itu, dijadikan alasan untuk Barat mengaitkan keganasan dengan Islam.
Seharusnya mereka menjadikan iktibar tentang apa yang telah terjadi ekoran beberapa kontroversi yang timbul apabila menyentuh sensitiviti umat Islam.
Sememangnya isu pemakaian tudung dipandang serius oleh negara-negara Barat. Di Perancis misalnya pemakaian simbol agama yang keterlaluan atau secara terang-terangan amat dilarang.
Penguatkuasaan larangan itu lebih kepada pemakaian tudung justeru pelajar yang memilih untuk memakai tudung sehingga menutup telinga, rambut dan leher dianggap provokatif dan kerajaan negara itu percaya mengenai keperluan mengharamkannya.
Dan segala-galanya telah jelas dalam undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Perancis pada Februari 2004 yang menguatkuasakan larangan pemakaian simbol agama paling ketara adalah tudung di kalangan para pelajar di sekolah awam.
Sehingga hari ini, dianggarkan 120 pelajar perempuan di sekolah awam melanggar undang-undang yang menimbulkan kontroversi bukan sahaja di Perancis malah di kalangan negara Islam.
Banyak pihak berpendapat undang-undang melarang pemakaian simbol agama itu bertujuan untuk menyerlahkan kedudukan Perancis sebagai sebuah negara sekular di sebalik lima juta umat Islam yang menjadi rakyat negara berkenaan.
Pelbagai pihak berpendapat bahawa isu larangan pemakaian simbol agama lebih mengenai keprihatinan kerajaan Perancis terhadap kadar populasi umat Islam di negara itu yang semakin bertambah.
Kehidupan rakyat Perancis yang sarat dengan tradisi sekular sejak zaman revolusi itu kini sedang dalam proses diterjemahkan dalam bentuk undang-undang berikutan kebimbangan negara berkenaan terdedah kepada ancaman kerana dikatakan bertoleransi kepada agama.
Kadang-kadang dirasakan hairan mengapakah tradisi sekular harus menyekat kebebasan berpakaian pelajar-pelajar beragama. Sememangnya sekular bermaksud memisahkan agama daripada kehidupan nasional.
Tetapi sentimen antiagama yang dikatakan sebagai antisekularisme adalah bercanggah dengan semangat demokrasi itu sendiri. Sekularisme yang toleran adalah seperti India yang memisahkan agama dengan politik tetapi memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk hidup beragama.
KESIMPULANNYA di sini, ana sendiri gerun memikirkan adakah propaganda barat berkaitan ISU PURDAH ini turut menjadi 1 sentimen segelintir masyarakat kita pula??? Ana kembali semula terhadap apa yang ana coret di pemulaan tinta pena mula2 tadi berkenaan isu syabab2 yang mencuit emosi kami gadis2 niqab ni. Khuatir ana, tidak mustahil si syabab2 ni turut ‘ter’resap akan wacana dari pandangan barat ni.....namun seperti ikhlasnya ana mengatakan ‘alimnya mereka dalam memahami tarbiyah, moga2 biarlah ia sekadar satu usikan nakal yg datang dari fitrah insaniah makhluk bernama lelaki...(at least, tau jgk mereka ni pun manusia biasa........)setidak2nya, mereka ini tidakla pula mengangguk2 tanda setuju akan berita2 yang dicoret pengecut2 barat....
ALLAHUTA’ALA ‘ALAM BIS SAWAB.......
SEMOGA DUNIA ISLAM KAN TERUS WANGI DENGAN KEBENARAN DEMI MELAWAN MUSUH2 KAFIR...
Tinta pena ZAINAB JAHSY =)
Ahad, 22 Mac 2009
DA'WAH TARBIYAH!!!!!! cintaku milikmu =)


ALLAHUAKBAR!!
Peningnya kepala ana, terasa nak jer tubuh ni bermanja dgn bantal, bersisir selimut yang gebu dan bertaut jasad dgn tilam empuk...ADUHAI!!! ‘pack’nyer jadual.......... !!!!!
Dgn,
Dakwah tarbiyah+dakwah ‘ilmiah, urusan anak2 little caliphs, asignment UTM +PKPIM, aduhh dgn consultant yang diamanahkan....halaqoh dan slot2 acara murobbi.....lagi, pantau BIDYAH yg ter’gagap’ lg( cian safiya), DAN karangkraf kelab penulisan DO’IN DA’WA (terbaru)...
ALAMAK!!! Class Arab lg..
Huhuhuhu..... SEM AKHIR PLAK TUE!!!!!!!!!
MasyaALLAH!! Persiapan khutbah ....(cmner ley tluper ni...????)
_mf wahai pembaca semua, asif sebetulnya ana perlukan “teman pegun” mcm skrin depan ana ni utk berkongsi sejuta rasa yg menziarah... Ntahler, khuatir nti KUALITI jiwa jd lemah lntrn himpunan 1001 amnh yg tak tertunai....MEH KONGSI SEKALI YA...?
tp alhamdalah, terasa kepala ni ‘terketuk’ pl dgn hikmahnya nasihat dr shabiah2 tercinta..persis lembut n memujuk bait bicaranya mengajak jasad n iman terus berdansa ligat di taman Islam, dataran tarbiyah........
WAHAI SAHABAH SEMUA!!! Ana pasti antum jg bisa bergetir mencambah semangat mujahadah demi tidak tertewas dek nafsu....erk!!! maksud ana nafsu letih, nafsu tidur, dan segala mcm nafsu( ada ker?)
Bismillah, apa yang sebenarnya nak ana khabarkan pd antum adalah tanggugjawab kita...amanah kita....tugasan kita... iaitu yg bawak panji bernama DA’IE/AH. Pasti benar antum jg stuju andai ana mengatakan bahwa kekalutan ana, adlah kekalutan antum, sibuknya ana, sibuknya jua antum....ini kerana hakikat yg menyedarkan ana bahawa kita adlh insan yang ada ‘kesedaran agama’, bilamana kitalah yg diseru DA’IE/AH...dlm diari seorang DA’IE/AH, kesibukanlah yang memenuhi segenap ruang di atas lembaran diari itu yang sokmo di kelek sana/i...
Antum setuju ???( asif kalo x ya, betulkan pndapat ana)
Justeru kenapa ?? LIMADZA???
Kerana, RESAH+KELUHAN... hmm apa tu??
Na’am, resah+ keluhan inilah yang menjadi jwpn ana mgpa persoalan sbgni menjadi topik pilihan sambil ana mengambil DIRI SENDIRI sebagai contoh.. jujur. kekadang bukan shj ana mengeluh, tp batin dah byk kali menjerit sebab letih la, penat, tak terdaya, malah membawa kepada putus asa,NA’UZUBILLAH!!... YA, inilah jwpn jujur dr ana....x prcaya????terpulang...
Dan ana jd takut andai kita sokmo lazimi sifat ini, sedangkan dakwah setia berselit dlm waktu sehari2an...dan mungkin tidak keterlaluan andai dah memang pun sebati sifat itu melekat dgn kita...
SETUJU KAN...?
WAHAI SAHABAH SEFIKRAH, izinkanlah ayat-ayat ini menjadi sebahagian dr ayat2 cinta yg hanyalah sbg madah menjadi 1 wadah pencetus semangat n emosi.... kasih ana tawadu’ bt shabat semua, kita tidak ingin KEKADANG keluhn itu menjadi satu ‘roadblock’ menuju destinasi syurga abadi... kerana natijahnya tidak berbenih KEIKHLASAN....
(Eh, tau ker aku tidak ikhlas???) ya,andai ikhlas mgapa terbit keluhan?mgp sisi wajahnya hanya bisa memaparkan lakaran kekecewaan kpd ALLAH?? Nah, inilah jwpn ana, krn tidak mustahil soaln ini jg akn ditanya ana sndiri... ok ckup...yg lain2 bleh fkir sndri..
Secubit masa ni, ana hanya igin melengkapi konsep memberi dan menerima....kalo ustz Hasrizal Jamil dgn motonya ‘erti hidup pd memberi’, maka hayatilah ertinya jua MENERIMA stelah apa yg ana nak MEMBERI..
Buat sahabah2 yg berjuang, kecewa dan putus asa adlh permainan dalam game dakwah.. andai jiwa sentiasa di bawa halaqoh, maka yang kuat itu adlh mawaddah n rahmah dr ALLAH sbg natijahnya.
Ayuh FASTABIQUL KHOIRAT!!!!!!!!!!( berlumba2 utk kebaikan)
Sahabah, ini kerja Rasul.Kerja Rasul tntu skli sgt berat. Bila Rasul dah tiada, saper lg nk warisinya selain kita?? Ya, kita manusia mmg x mpu,mlh x layak menaggung risalah ini tp mhukah kita tertipu dgn alasan ni?
Antum semua, TAWADHU’ adlh sfat terpuji. Perasaan x mpu dan x layak mmg plu ada dlm dri tp apbl ia terlalu mguasai dri, maka itu bukan tawadhu’ lg namanya sebaliknya alasan ciptaan syaitan supaya tinggalkn kerja mulia ni.....
Kelemahan kan plu dprbaiki....manusia ni mustahil ma’sum kan? Itu sifat yang hanya LAYAK bg Rasul...ana jd teringat pd 1 watak yang bbcra berbunyi,
“SEMUA YG ALLAH BG ADLH KEBAIKAN BELAKA SAMADA REWARD ATAUPN PUNISHMENT. REWARD U DISYUKURI, PUNISHMENT UTK KITA PERBAIKI DIRI.semua ini adlh pluang pahala utk hadapi dgn tabah...” Justeru, tidak dpt tidak adlh dgn mematuhi prntah-NYA dan menjauhi lrngan-NYA. Allah suh kita pikul amnh DA’IE ni, dan melarang dr bptus asa dgn rahmatNYA......
‘jika sseorg mdpt Hidayah drpd ALLAH lntrn kamu, maka ianya lbh baik bgmu drpd apa yg disinari matahari’_hdis rwyt al-Tabrani...(hdis ksukaan ana..hehe)
ALLAHU’ALAM BIS SAWAB....
AKHIRUL KALAM, yg baik itu hnya dr ALLAH, salah silap hanyalah dr ana insan hina lg dina....msej ini ana amatttt mghrpkan agar dibaca dan ditatapi dgn husnuszhon. Andai keluhan ana bisa lembut dipujuk sahabat, maka ingin skli ana ‘hiburkan’ dgn pujukn pd antum agr kita sentiasa thabat n murunah demi fi sabilillah.
“ALLAH memelihara jalannya dgn memilih satu golongan untuk benar-benar taat kepada perintah-Nya.Demikian dalam setiap generasi. Mereka ialah insan2 yg menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Islam pasti berjalan dengan kesyumulannya. Kalaupun tidak mentadbir dunia pd zaman fitnah seperti sekarang ini, sekurang2nya Islam dapat mentadbir diri kita secara syumul terlebih dlu. “ betul x??
JALAN DAKWAH TARBIYAH INILAH PENJANA BEKALAN IMAN...!!!
( doakn ana istiqomah dgn pena buat blog sendiri, dek ksibukan, jarang jemari ini lincah menyemarakkan bait2 da’wah )
PENA TINTA_ZAINAB JAHSY =)

